FRforSharing | Selangor International Travel Photography Festival

FRforSharing | Selangor International Travel Photography Festival
Tourism Selangor meraikan Penggemar Seni & Fotografi


Hi guys! Bamziaf baru baru ini ada join "Selangor International Travel Photo Festival" anjuran agensi promosi pelancongan Tourism Selangor yang berlangsung di UG Atrium, Paradigm Mall, PJ 
pada 12 hingga 13 November 2022 untuk mempromosikan destinasi pelancongan domestik di Selangor


Korang tahu tak Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor 
sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia

  

Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini telah mengumpulkan 
seramai 8,000-10,000 pengunjung sepanjang Festival ini berlangsung dan 
telah menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, 
perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.
  
  

Festival ini turut mendapat kerjasama dari Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land! 
Pelbagai promosi & tawaran hebat ada ditawarkan sepanjang festival ini berlangsung


Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, 
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri
"Selangor, dalam satu kenyataan berkata, matlamat utama Festival pada kali ini adalah
bagi memperkenalkan dan mempertingkatkan lagi industri pelancongan Selangor, 
yang berpotensi menjadi kawasan tumpuan jurugambar dan pencipta kandungan kreatif,
selain menambah baik lagi beberapa kawasan tumpuan pelancongan ikonik di negeri Selangor."
  

Bamziaf juga excited sebab dapat join "Splendid Selangor Photo Hunt 2022" yang julung kali di adakan di dalam mall, selalunya mereka menjelajah Selangor.. Acara ini mendapat sambutan dari professional & juga Ametur! One of the best experience la utk bamziaf ! 
Alhamdulillah dapat hadiah consolotion utk acara ini!


Jadi if korang nak tahu mana lagi destinasi perlancongan yang menarik di Selangor :


Post a Comment

0 Comments