FRforSharing | Suria KLCC ada Replika Arnab Terbesar di Malaysia yang Disaluti Syiling Emas

FRforSharing | Suria KLCC ada Replika Arnab Terbesar di Malaysia 
yang Disaluti Syiling Emas
Suria KLCC berubah menjadi ala Bandar Purba di Negara China



Hi Guys! Korang boleh bayangkan tak Pusat Membeli Belah terkemuka Suria KLCC boleh berubah menjadi seperti Bandar Purba di Negara China? Ya memang sangat menarik tema dekorasi yang dilakukan oleh Suria KLCC sempena dgn sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma nanti..

  

Suria KLCC pastinya ingin membawa pengunjung untuk merasai pengalaman berada di 
kawasan bersejarah Negara China seperti "Pingle", "Dali", & juga "Lijian" dengan hiasan mega ini...
Konsep "Budaya kekeluargaan, permuafakatan dalam menikmati tradisi & kemakmuran" yang diterapkan oleh Suria KLCC bagi sambutan Tahun Baru Cina ini..

  

Dekorasi yang berkonsepkan zaman lalu ini akan membawakan hiasan menara pintu gerbang
tradisi masyarakat cina sebagai hiasan tengah yang akan dikelilingi oleh struktur replika
bangunan kayu bagi menonjolkan lambang seni-bina yang lazim dalam masyarakat Cina.

 
Suria KLCC mengambil kesempatan untuk memaparkan 
Replika Arnab Terbesar di Malaysia yang Disaluti Syiling Emas seperti 
yang diiktiraf oleh “Malaysia Book of Records 2023”

  

Replika mega yang tersergam indah ini akan di paparkan di KLCC Esplanade.


Korang juga boleh membuat sumbangan kewangan di "Wishing Tree" dimana korang boleh berkongsi aspirasi & azam tahun baharu! Sumbangan ini akan disalurkan kepada rakan NGO Suria KLCC 
untuk meneruskan agenda Kesedaran Kesihatan Mental

  
Terdapat juga dekorasi prop gambar & photobooth juga.. 
Korang boleh ambil gambar dengan prop yg tersedia & paling best boleh cetak foto juga tau ... 

 
Jgn lupa untuk cuba sungai interaktif yg dipenuhi ikan koi maya.. Korang boleh cuba 
dgn membaling syiling maya dari skrin tablet ke dalam sungai..


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan:

 
Centre Court :  Tarian Singa
7, 14, 21, 22 & 23 Januari - 2 Petang

Esplanade : Akrobatik Tarian Singa
8, 10, 15, 22 & 23 Januari - 5 Petang


Para pembeli yang berbebelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit 
dari pelbagai kedai terpilih bermula dari 2 sehingga 20 Januari berpeluang untuk 
menerima SKLCC e-Vouchers yang bernilai RM100 dan 
juga set ekslusif sampul merah Suria KLCC.

200 pembeli utama yang membuat pembelian bernilai RM1,000 nilaian SKLCC e-Vouchers 
semasa kempen perayaan berlangsung, bakal menerima e-Vouchers tambahan yang bernilai RM100.

Jadi korang jgn lepaskan peluang untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan 
Suria KLCC dari 2 Januari hingga 5 Februari 2023

  


Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property
Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan
aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli
belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC
(Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan
lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit
tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

Post a Comment

0 Comments