#FRfilmreview - Guns Akimbo

by - March 06, 2020


Guns Akimbo
2020 ‧ Aksi/Pengembaraan ‧ 1h 35m


Tarikh Tayangan: 5 Mac 2020
Pengarah: Jason Lei Howden
Pelakon: Samara Weaving, Daniel Radcliffe, Rhys Darby

Sinopsis:
Miles terperangkap dalam kerjaya yang membosankan & masih menaruh harapan terhadap bekas kekasihnya, Nova. Miles tidak mengetahui tentang kumpulan yang mengelarkan diri mereka SKIZM di mana mereka ini mengadakan pertandingan yang memerlukan 2 orang atau kumpulan berlawan sesama sendiri sehingga ada yang mati bagi tayangan secara langsung di internet. Miles cuba untuk menjadi pengkritik dalam talian untuk program ini yang menyebabkannya terpaksa menjadi salah satu peserta &berlawan untuk mempertahankan nyawanya dengan juara bertahan Nix. Perlawanan Miles telah menyebabkan bekas kekasihnya di culik oleh Skizm. Mampukah Miles seorang lelaki yang 'Nerd' menang & menyelamatkan Nova?

Ulasan:
Filem ini sangat ganas & anda akan dapat pembunuhan yang lebih real, lakonan Daniel Radcliffe kali ini sangat membeza & memberi dimensi baru untuk kerjaya lakonan beliau. Jalan cerita & plot filem ini sangat bagus kerana dia tidak terlalu cliche atau mendatar. Segala aksi yang di pamerkan sangat memuaskan hati. Korang pastinya tidak mampu meninggalkan panggung kerana setiap saat bermakna

Rating: 8/10

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=ZOFatKD0Vzo

You May Also Like

0 comments