#FRplacereview - Pulau Lang Tengah

by - August 21, 2020

#FRplacereview - Pulau Lang Tengah 


Hai korang... so selalunya kalau korang ke pulau di area Kuala terengganu pastinya akan ke Pulau Redang , Pulau Perhentian kan.. Korang pernah tak pergi ke Pulau Lang Tengah???? Pulau ni adalah sebuah pulau di Kuala Terengganu. Ia dihubungkan ke daratan dengan feri ke Merang. Pulau Lang Tengah terletak kira-kira 40 km di timur laut Kuala Terengganu (22.5 km dari Tanjung Merang) di pantai timur semenanjung Malaysia. 

Sebabkan abam ziaf hari tu stay dekat @summerbaylti so abam ziaf berpeluang untuk experience snorkeling di Pulau Lang Tengah... Memang tidak mengecewakan langsung korang... Tempat dia mmg tersangat cantik yang paling abam ziaf impress coral dia walaupun dekat persisiran ja tapi besar besar & cantik sungguh tau...

 


Pulau Lang Tengah ni berada dalam perairan Tropika sebab itu air dia sgt jernih & berwarna turquoise korang... Jadi korang boleh nampak bertapa cantiknya coral & ikan ikan yang ada, abam ziaf ada nampak warna pelangi pun ada tau.. Best juga sini sebab dia kan iklim ala tropika so dia x panas sgt & sejuk yang mendamaikan kita... Memang sesuai sungguh if korang nak honeymoon...



Jadikan if korang berpeluang stay di Pulau Lang Tengah jangan lepaskan peluang untuk snorkeling & menikmati kecantikan pulau ini.. Yang abam ziaf boleh cakapkan masih dara tau..

You May Also Like

0 comments