#FRfoodReview - Rasa Viet, The Sphere, Bangsar

#FRfoodReview - Rasa Viet, The Sphere, Bangsar 

Rasa Sebenar Makanan Vietnam
Hi korang... Pernah cuba tak makanan dari Vietnam? Abam ziaf since dari trip ke Danang memang craving giler nak makan tapi most of place abam pergi rasa dia sangat tak kena, nasib baik abam di perkenalkan dengan restoran RASA VIET .. Abam ziaf visit outlet dekat The Sphere, Bangsar South..

Abam Ziaf suka dia punya vibe bila datang sini very classy, tenang ja & tapi elegan tau memang best place korang lepak & makan with kesayangan... Jgn risau Rasa View adalah Muslim Friendly & semua penyediaan atau bahan mereka adalah dari sumber yang HALAL tau.. 
Paling abam respect adalah tiada penggunaan MSG which sgt rare & good one!

Antara menu yang abam sempat cuba:

Vietnamese Drip Coffee
Pastinya tak lengkap if kita tak cuba Vietnamese Coffee yang sedappp sgt... Penyediannya kopi akan dibiarkan menitis ke dalam cawan sehingga habis & akan di tambah susu.. 
korang boleh pilih nak minum sejuk atau panas

Summer Roll (Vietnamese Spring Roll) with Sos Kacang
Antara bahan asas yang ada, timun, tauge, acar lobak merah, lobak putih & vermicelli yang di balut bersama kertas beras... Memang agak sukar untuk membalut dengan kemas... Summer Roll ini yang gempak sebab dia di makan bersama Sos Kacang... Plaing rare sebab sos kacang ini hanya ada di sini sahaja, even kat Vietnam sure korang tak boleh jumpa


Fried Roll Chicken with Sos Ikan
 Untuk Fried Roll Chicken, isinya ialah Ayam, Taro, Black Fungus, Lobak putih, carrot & vermicelli balut dengan kertas beras.. Korang boleh cicah dengan sos ikan yang sgt sedap!!!


Sizzling Pancake
Banh Xeo iaitu DIY wrap Sizzling Pancake yang ada Lettuce, Basil, Lobak merah, Lobak putih & daun ketumbar yang di balut dengan kertas beras... 
Abam excited sebab owner Restaurant yang membalut sizzling pancake, proses dia sangat complicate tapi bila pakar yang lakukan, nampak sangat mudah...
Korang boleh cicah dengan sos ikan... memang layan!!



 Special Beef Pho Noodles
Pho merupakan makanan yang sangat popular di Vietnam, iaitu Rice noodle, herba serta daging lembu atau ayam.. Di Rasa Viet, sup akan di didihkan selama lebih dari 10 jam mengunakan rempah & ramuan asli sahaja... Paling penting tiada campuran MSG jadi korang boleh nikmati ramuan 
& kemanisan yang asli....
Pemilik juga berkongsi cara untuk korang nikmati PHO yang betul, caranya:Korang kena rasa kuah terlebih dahulu.. kemudian korang masukkan Cuka bawang putih, campuran cili merah & sayur, then korang kacau sedikit & rasa kuah semula bersama noodle sekali
Sangat nikmat ya rasa dia, memang layan habis!

Banh Mi
Sandwich Vietnam yang ada dua pilihan iaitu Ayam Bakar atau Smoke Duck... Bahan yang ada Chicken Liver Pate, acar lobak merah & lobak putih, ketumbar, timun, marjerin seta mayonis
Roti dia di bakar sangat prefect tau, sangat crunchy & lembut.. One of my favorite Sandwich right now!!

Jomm layan video mukbang kami makan Banh Mi 
(Sumber IG @rasa.viet)

Traditional Caramel Pudding (Banh Flan)
Banh Flan ini di buat dari telur & susu serta di banjiri dengan karamel.. Abam suka sebab dia sangat smooth, langsung tak bau hanyir telur... Manis dia pun on POINT tau...


Fried Jackfruit with Coconut IceCream
Gambungan cempedak goreng bersama dengan aiskrim kelapa memang tak salah... Cempedak dia manis & berlemak tau walaupun dia cempedak frozen.. Taste dia tak lari.. Campur pulak dengan aiskrim kelapa yang lemak berkrim memang layan habis tau!!!

Jadi abam nasihatkan if korang nak cuba rasa makanan Vietnam pergilah Rasa Viet korang pasti tak akan menyesal tau, jangan pergi tempat lain dahh,, staff dia sgt helpful & friendly tau.. 
Jadi korang akan rasa sangat homey!!! 


If korang nak info lanjut, check out:

Post a Comment

0 Comments