#FRHotelReview - Vivatel Kuala Lumpur

by - January 03, 2021

 #FRHotelReview - Vivatel Kuala Lumpur



Hai korang!! Bila kita start balik PKPB pastinya ramai yang terbantut untuk pergi bercuti even planning nak bercuti ke luar negara pun kena on hold sebab kan pandemik yang masih belum pulih & makin teruk... Hopefully semuanya akan kembali normal.. Alhamdulillah kita dah boleh rentas negeri & if korang kat Lembah Klang ja nak feeling feeling staycation, 
abam ziaf nak share dengan korang hotel yang gempak nih... 
iaitu Vivatel Kuala Lumpur, 4 star Hotel tau....



Hotel ini terletak di jalan Loke Yew, tepat di pusat bandar yang sibuk tapi pastinya menawarkan kemudahan & keselesaan yg maksimun untuk korang.. Dari hotel ini akses mudah untuk korang gerak ke pusat bandar atau tempat2 yang menarik di sekitarnya.. Paling abam suka sebab dia bersebelahan dengan pusat membeli belah, Viva Mall... Jadi if nak shopping just jalan kaki ja...


First time bila sampai, abam suka sebab dia punya parking sangat easy & selamat.. Bila sampai kat Lobi ja abam sangat impress dengan reka bentuk dia yg moden tapi masih rasa mcm "Home" sangat... Setiap bilik di hotel ini akan ada mural yang memamparkan landskap semula jadi negara melalui elemen Air, Api, Kayu, Bumi, dan Logam seperti beca, sungai, hutan hujan tropika, batu bata tradisional, kapal terbang & banyak lagi...
Apa yang best dekat Vivatel Kuala Lumpur, dia ada Platinum Floor, so if korang nak rasa ekslusif & gempak sikit boleh book bilik Deluxe, Supreme Deluxe, Family Connecting Room.. 

Abam berpeluang untuk merasai salah satu Supreme Deluxe Room yang merupakan Family Connecting Room, jadi sangatlah sesuai untuk mereka yang ada keluarga besar untuk menginap di sini... 
Keluasan bilik ini ialah 27 sqm...

Antara yang abam suka menginap di bilik ini sebab mereka sediakan  Nespresso Coffee Machine, pastu toiletries dia dari jenama Aigner Black & rekaan dalaman oleh Culti Milano... 
Gempak kan, rasa mewah seketika tau... 
if korang shower pulak sure rasa sexy tiba2 sebab dia punya tiles so goldie & shining tau...
Kemudahan lain yang ada Pancuran hujan, Meja kerja, TV skrin rata LED dengan saluran satelit, Coffee & Tea maker, Safety Box, Seterika, Bar mini & Wi-Fi
Hotel ini tersedia 302 bilik untuk di tempah, Antara rangkaian bilik lain yang di sediakan ;

🔑Standard Room
Bilik bersaiz 25 sqm, ada King atau Twin Bed, di lower floor & Standard Amenities

🔑Deluxe Room
Bilik bersaiz 27 sqm, ada King/ Twin Bed, di tingkat lebih tinggi so korang boleh tengak pemandangan Kuala Lumpur & Full Amenities

🔑Junior Suite
if korang nak feeling rumah ini bilik yang sangat sesuai tau... Bilik ini saiz 48 sqm, King Bed, KL Skyline view, ada mesin kope Nespresso, Ada extra work station so boleh la #WorkFromHotel, Shower & Bathtub dia berasingan

🔑Executive Suite
if korang perlukan space bilik yang lebih luas, Suite ini pastinya menjadi pilihan.. Suite ini berkeluasan 60 sqm, King Bed, tersedia mesin kopi Nespresso.. Apa yang best ada ruang tamu & pantri tau... Shower & Bathtub dia berasingan

🔑Grand Suite
if korang datang dengan family yang besar nak bilik yang lebih selesa, Grand Suite ini mesti korang tempah tau... View dia perghh bangunan pencakar langit KL yang tersergam indah.. Suite ini berkeluasan 72 sqm, King Bed, tersedia mesin kopi Nespresso.. Apa yang best ada ruang tamu dgn sofa &  ruang makan serta pantri tau... Shower & Bathtub dia berasingan plus ada bilik mandi tambahan... if Grand suite ini untuk korang stay lama pun tersangatlah sesuai...

🔑Duplex Suite
Suite ini merupakan antara yang abam rasa paling wow ada di Vivatel Kuala Lumpur.. jarang ada hotel sediakan Duplex Suite tau... Suite ini berkeluasan 69 sqm, King Bed, di tingkat bawah ada ruang tamu yang sangat besar untuk meeting mahupun kopi kopi dgn teman sebab ada juga Mesi Kopi Nepresso.. Ada juga di sudut bilik Meja kerja & toilet...
Di tingkat atas tersedia King Bed... & apa yang sexy tentang Duplex Suite ini Shower & Bathtub dia berkonsep terbuka... So if korang nak rasakan pengalaman staycation yang rare pleassseee amiklah Duplex Suite ini..
Vivatel Kuala Lumpur juga ada menyediakan Grand Ballroom untuk majlis perkahwinan, graduasi, seminar atau majlis yang mampu memuatkan sehingga 1000 orang tetamu.. 
Terdapat juga Bilik Mesyuarat yang di lengkapi dengan Audio system & visual, yang bertemakan hutan supaya korang akan rasa tenang & relax untuk bermesyuarat... 
Kemudahan lain lagi yang di sediakan adalah kolam renang yang agak besar & menarik dengan view dia... 
Pool juga berdekatan dengan Gym, jadi if korang still nak mantain workout rutin while staycation tak perlu risau lagi... 
Terdapat juga Laundry services if korang nak buat dry cleaning atau laundry so tak perlu rungsing lagi, perkhidmatan ini dari pukul 6.30 pagi hingga 6 petang..
if korang kelaparan jangan risau di Vivatel Kuala Lumpur juga ada cafe yang gempak iaitu Retro Cafe & Retro Lounge.. Cafe ini menyediakan sajian Asia & Antarabangsa... Jadi if korang nak breakfast akan di Retro Cafe yg terletak di LG... Memang layan habis menu dia walaupun simple tapi rasa dia memang umpphh.. If korang datang jgn lupa untuk cuba Signature Briyani (RM28), Kari Kepala Ikan(RM140 4pax) & Roasted Whole Chicken (RM130 5-6 pax)- terdapat juga Beef & Lamb yang memang padu sebab di masak dgn penuh kasih sayang oleh Chef di sini...
Jadi apa tunggu lagi korang.. marilah staycation di Vivatel Kuala Lumpur memang best giler, confirm korang tak akan menyesal menginap di sini serendah RM158 ja... if korang nak stay just untuk 6 jam pun ada serendah RM59 ja...

Untuk info lanjut, check out:

Vivatel Kuala Lumpur
Address – 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone Number: +603 9205 8888 | Email: enquiry@vivatel.com.my

Vivatel KL official website: https://www.vivatel.com.my/
Vivatel KL Facebook page: https://www.facebook.com/vivatelkl/
Vivatel KL Instagram profile: https://www.instagram.com/vivatelkl/

You May Also Like

0 comments