#FRforReview - BSS Development Sdn Bhd Melancarkan Hartanah Baru Di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan

 #FRforReview - 

BSS Development Sdn Bhd Melancarkan Hartanah Baru Di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan


Bandar Sri Sendayan adalah sebuah bandar yang menawarkan tempat yang sempurna baik untuk peluang perniagaan ataupun untuk memenuhi kehidupan rumah tangga,

disertakan dengan integrasi yang lancar dan kemudahan canggih.

Bandar Sri Sendayan adalah tempat yang sesuai  untuk anda sekeluarga baik untuk tinggal atau tempat bekerja. 



Jadi korang tahu tak lokasi untuk ALARIS, Nusari Bayu ini sangat strategik tau.. Ye la kita pastinya mahu cari perumahan yang sangat senang untuk ke sana sini.. itulah paling penting & perlu di titik beratkan dalam mencari rumah utk di diami


Ini termasuklah sekolah untuk anak-anak anda kerana ALARIS Nusari Bayu terletak bersebelahan dengan SJK (C) Bandar Sri Sendayan atau pusat perniagaan seperti Nusari Biz, banyak restoran komersial & kedai serbaneka. Perbandaran ini juga dikelilingi oleh institusi pendidikan yang lain untuk pilihan yang terbaik dan bersesuaian. 




Seperti yang dinyatakan dimana bandar ini terletak di tempat yang strategik, perumahan ini dikelilingi oleh kemudahan di Bandar Sri Sendayan, tarikan, pusat perniagaan. Antaranya termasuklah The Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, d'Tempat Country Club, Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Baru Sri Sendayan, Sendayan Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley.


Selain itu, terdapat Mydin, AEON dan TESCO (sekarang dikenali sebagai LOTUS) yang mudah diakses kerana ALARIS Nusari Bayu sangat mudah untuk kemana mana terutamanya lembah klang sebab dikelilingi oleh lebuh raya utama, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Senawang -KLIA Expressway (Proposed Highway). 


Untuk pengetahuan anda, projek ini meliputi kawasan seluas 23 ekar yang menawarkan Pegangan “FREEHOLD”. ALARIS Nusari Bayu  adalah rumah 2 tingkat jenis “Link Homes” dengan setiap saiz lot berkeluasan  20 'x 70'. Setiap unit dilengkapi dengan 4 Bilik Tidur + 3 Bilik Mandi,  Dapur Kering dan Basah. Unit rumah dibina sepenuhnya dengan batu bata tanah liat, dilengkapi secara penuh dengan jubin Porselin berukuran 600mm x 600mm di ruang tamu, ruang makan, dapur, ruang keluarga dan semua bilik tidur.  

Terdapat sejumlah 192 unit yang dibina di mana hanya 96 unit adalah unit untuk Bukan Bumiputera,

58 unit untuk pemilikan Bumiputera dan selebihnya 38 unit dibuka. 


Di dalam kawasan perumahan ALARIS Nusari Bayu 2, terdapat banyak kemudahan di mana anda boleh menghabiskan masa lapang bersama keluarga dan orang tersayang. Contohnya, Taman Permainan Kanak-kanak, Gim Terbuka, Gelanggang Badminton dan juga laluan refleksologi untuk mempromosikan gaya hidup sihat.




ALARIS adalah tempat “Secured Enclave”dan ini semestinya dapat menjamin dan menyakinkan keselamatan anda sekeluarga bila menginap di kejiranan ini.




Akhir sekali, terdapat juga kemudahan kelab di kawasan kejiranan ini yang dikenali

sebagai d'Tempat Country Club. 




d'Tempat Country Club menawarkan kemudahan yang serba lengkap termasuklah Kolam Renang Saiz Olimpik, Kolam Renang Anak-Anak, 4 Gelanggang Badminton jenis Indoor, 2 Gelanggang Tenis jenis indoor, 2 Gelanggang Squash, 10 lane boling, dilengkapi Gimnasium serba lengkap, Gim Aqua, Jakuzi, Dewan Jamuan, Bilik Pegangan VIP, 3 Bilik Mesyuarat, Bilik TV, Bilik TV Kanak-kanak, Ruang Membaca, Bilik Aerobik, Bilik Snooker, Bilik Sauna & Steam dan juga Spa. 


Hebat, bukan? Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ALARIS Nusari Bayu ,
anda bolehDaftar melalui http://bit.ly/nb2registerform untuk dapat informasi terkini.

Post a Comment

0 Comments