#FRforReview - The Venue, Shah Alam Buffet Ramadhan 2021

by - April 10, 2021

 #FRforReview - The Venue, Shah Alam Buffet Ramadhan 2021

"NOSTALGIA DESA"

Hai korang! Pastinya korang menantikan peluang untuk merentas negeri untuk pulang beraya di kampung mahupun berbuka puasa iaitu menjalani ibadah puasa bersama keluarga tercinta terutama ibu bapa kita tapi apakan dayanya situasi Covid 19 di negara kita masih lagi tidak stabil lagi..
Jadi pastinya kita di ibukota mahukan rasakan suasana puasa sama seperti di Desa kan,, jangan risau kerana The Venue, Shah Alam membawakan tema "Nostalgia Desa" untuk Buffet Ramadhan 2021 mereka kali ini... Ini pastinya mengubat sedikit kerinduan kita masakan ibu kita...

Antara juadah juadah terkenal yang bakal di sajikan di sini Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ayam Berlado, Sambal Udang Petai, Kerabu Taugeh Kerang, dan sebagainya. 
Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 13 stall yang terdiri daripada : 
- Nasi Arab Morocco (Kambing & Ayam) 
- Sup Mamu Penang (Sup Tulang – Isnin - Khamis, Sup
 Gear Box Kambing – Jumaat – Ahad) 
- Kambing Golek Menangis 
- Ikan Bakar Pantai Remis 
- Steamed Dim Sum 
- Aneka Mee Kak Mas 
- Shell Out Seafood 
- Cucuk Cucuk Steamboat 
- Apam Balik Abang Zam 
- Pencuci Mulut & Buah-buahan 
- Aneka Jeruk – Jeruk 
- Aneka Keropok 
- Ulam-ulaman Kampung 
dan Pelbagai Sambal 
Selain menu menu ini terdapat juga menu menu lain yang akan berubah setiap minggu...
Selain itu, The Venue juga menawarkan khidmat Live Band yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung. 
Korang juga bakal memenangi hadiah cabutan bernilai sehingga RM10, 000 tau & hadiah utama adalah penginapan percuma 2 hari 1 malam di Avani Gold Coast Sepang. 
Setiap pelanggan yang berkunjung boleh menyertai pertandingan ini. 
Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird) adalah 
RM 65/orang (Dewasa),
RM 35/orang (Kanak-kanak 7 – 12 tahun) 
RM 45/orang (Warga Emas 60 tahun ke atas)
RM 500/meja (Grup 8 orang dewasa)

Promosi ini sah sehingga 12 April 2021 sahaja

Harga Normal:
RM 75/orang (Dewasa)
RM 40/orang (Kanak-kanak 7 – 12 tahun)
RM 50/orang (Warga emas 60 tahun ke atas)
RM 580/meja (Grup 8 orang dewasa)
Untuk pakej Buffet Ramadhan terbuka yang bakal diadakan di Grand Ballroom, yang boleh memuatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa mengikut SOP yang telah ditetapkan. 
Grand Ballroom ini berhawa dingin so korang akan selesa untuk menjamu selera
Kemudahan lain yang disediakan oleh The Venue adalah seperti surau untuk lelaki dan perempuan (berada di Tingkat 1), tandas, parking yang luas dan diuruskan oleh pihak Rela, 
tempat khas untuk merokok, dan terdapat juga lif untuk memudahkan urusan pelanggan, warga tua dan OKU jika perlu ke tingkat satu. 
The Venue ingin membuka ruang kepada pelanggan korporat kami yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Jadi korang boleh buat Majlis Iftar tanpa perlu bergabung atau bersama Buffet Ramadhan terbuka
 Pakej ini bermula daripada RM95/orang (Min. 80 orang). 

The Venue juga adalah Event Space yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Kami adalah bangunan komersial 3 tingkat dan mempunyai dua (2) dewan yang berkonsepkan ballroom hotel. Grand Ballroom yang berada di Tingkat 1 boleh memuatkan sehingga 1500 orang untuk majlis buffet dan 350 orang untuk majlis seated. Event Hall pula yang terletak di tingkat 2, boleh memuatkan sehingga 500 orang untuk majlis buffet dan 150 orang untuk majlis seated. (SOP Followed) Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM 12, 999 untuk 250 orang dan RM 27, 999 orang untuk 1000 orang. Pakej lain-lain serendah RM 63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan kami dilengkapi dengan PA system In-House. Bersempena dengan Ulangtahun Ke – 6 The Venue Shah Alam, kami menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 juga sudah dibuka.Dan untuk tempahan Buffet Hari Raya pakej kami adalah serendah RM 75/pax untuk minimum 100 orang.
Jadi if korang nak info lanjut boleh lawati laman Facebook dan Instagram The Venue Shah Alam untuk melihat gambar dan video majlis yang lepas. 
Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh terus lawati website kami di www.thevenye.com.my/buffet-ramadhan atau 
menghubungi kami di talian 018- 3884845 / 018-386 4845 (Whatsapp).

You May Also Like

0 comments