#FRforSharing - Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali!!


#FRforSharing - ANUGERAH GUARDIAN 2021 KINI KEMBALI!

Undi Jenama Kesihatan dan Kecantikan kegemaran anda dan 

rebut peluang memenangi hadiah hebat berjumlah RM50,000



Hai korang! Anugerah Guardian 2021 dah kembali! Anugerah ini menyaksikan lebih daripada 107 jenama mengambil bahagian dengan lebih 410 produk bertarung merebut 75 anugerah .
Terdapat ENAM kategori utama iaitu; Jenama Baru Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.

Kategori Jenama Baru Terbaik menampilkan jenama-jenama baru dan trend yang baru diperkenalkan kepada Guardian. Manakala untuk kategori Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Guardian telah menjemput tujuh orang influencer popular di Malaysia, yang menepati profil pelanggan sebenar sebagai pelanggan Guardian, untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan terbaik pilihan mereka dalam kategori yang mereka minati.


Selaras dengan Anugerah ini juga korang boleh sertai sekali peraduan tau... Penyertaan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan.


Undian dibuka dari sekarang sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan juga tidak dikenakan.


Setelah undian dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus 
di Stor Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 
dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.


Korang yang mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.


Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan dan tentang pengundian, sila layari http://awards.guardian.com.my

Post a Comment

0 Comments