#FRforSharing - Kerjasama Eksklusif SUKE TV & iQIYI

#FRforSharing - Kerjasama Eksklusif SUKE TV & iQIYI
Sajikan Rancangan Tempatan Buat Penonton Antarabangsa




Hai Guys! Bamziaf baru ini ada menghadiri Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian kerjasama Eksklusif SUKE TV bersama dgn iQIYI yang telah disempurnakan oleh Dato' AC Mizal, pengerusi SUKE TV; Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; selebriti-selebriti tempatan; dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli media.


Kerjasama ini menyaksikan kedua-dua pihak berkolaborasi untuk menyiarkan program-program SUKE TV di platform iQIYI untuk penonton di Malaysia dan Singapura.
SUKE TV akan menjadi satu-satunya saluran TV di Malaysia dengan tab khusus di platform iQIYI. Penstriman tersebut akan tersedia secara percuma dan eksklusif untuk pengguna iQIYI. 


SUKE TV akan menyiarkan kandungan secara eksklusif di platform iQIYI 
untuk tontonan lebih 10 juta penonton di Malaysia, Singapura & banyak lagi! 
Penstriman tersebut akan tersedia secara percuma dan eksklusif untuk pengguna iQIYI & 


antara kandungan yang boleh distrim Polkadot, Berita Latah, Tanya Je, Tomey Tomey, DAC PM YOU, DurianKimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Sapa Tu, Listen Up & Odah Billionaire

Kerjasama Eksklusif ini secara tidak langsung membantu SUKE TV untuk terus mengukuhkan kedudukannya di Singapura & peringkat Antarabangsa, dengan menjangkau capaian penonton yang lebih luas dan ini sekaligus akan memperkembangkan popularitinya merentasi sempadan.

SUKE TV telah menarik perhatian dunia hiburan tempatan sejak bersiaran secara rasminya pada April awal tahun ini. Dengan pelbagai kandungan inovatif merentas pelbagai genre, rangkaian itu terus menarik penonton dari seluruh negara dengan barisan kandungan mesra keluarga yang terdiri daripada komedi, drama dan banyak lagi.

iQIYI ialah aplikasi penstriman video #1 paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 dengan lebih 10 juta muat turun. Ia juga merupakan perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun. Platform ini menyediakan pelbagai siri drama premium, filem, rancangan variasi dan anime dengan bahasa tempatan dan juga sari kata kepada penonton merentasi 191 negara.


Jadi korang jangan lupa untuk download aplikasi iQIYI untuk melihat kandungan hebat dari SUKE TV yang pastinya sangat best & korang boleh layan drama tempatan & Antarabangsa di sana juga!


Tahniah SUKE TV & iQIYI


Post a Comment

0 Comments