FRforReview | Bercuti sakan ke Hatyai selama 4 hari 2 malam bersama KOPETRO Travel

Bercuti sakan ke Hatyai selama 4 hari 2 malam 
bersama KOPETRO Travel & Tours


KOPETRO Travel & Tours Trip Hatyai Songkhla Danok


Salam guys! 
Bamziaf baru baru ini travel ke Hatyai bersama geng geng Blogger tersayang selama 4 hari 2 malam! Trip yang dibawa oleh KOPETRO TRAVEL & TOURS (KOPETRO - Koperasi PETRONAS) ..
Bamziaf mmg love sgt trip nih mmg awesome!

  

KOPETRO Travel & Tours ada pakej yang gempak tau if korang nak pergi bercuti ke Hatyai!
Pakej percutian ini akan visit 3 lokasi gempak antaranya Hatyai, Songkhla & Danok!
Pakej yang bermula dari KL , kita bergerak menaiki bus.. Jadi if korang belum pernah lagi pergi Hatyai tak la terpinga pinga nak kemana plus boleh relax tak perlu drive!

  

Perjalanan dari KL sgt smooth sampai bamziaf sedar sedar dah sampai ke Kuala Nerang di pagi hari..
Kami berhenti untuk refreshkan diri di Masjid berhampiran & breakfast dulu..

  

Kemudian kami singgah utk collect White Card! KOPETRO Travel dah tolong kita fill up tau!
Korang hanya perlu check details betul or tak! Dekat sini pun korang boleh beli simcard & tukar duit !

 

Kami bergerak ke Kompleks Imigresen Kota Putra, Durian Burung utk cop passport before masuk Thailand, paling best hanya ambil masa kurang dari 30 minit! Lebih jimat masa..
Kemudia kami melalui check point Ban Prakob Custom House!
  

Hari Pertama - Hatyai

Antara lokasi yang kami visit:

📍 Cafe Amazon

cafe amazon hatyai kopetro travel trip  

Sebelum sampai pekan Hatyai, kami sempat berhenti pekena coffee di Cafe Amazon.. 
Kopi yang sgt popular di kalangan orang Thailand! 
Bamziaf suka harga dia sgt murah & pastinya coffee dia sooo sedap!

📍Rosecarree Gallery 

  

Butik ini menjual kain sutera asli Thailand. Selain itu ada juga pilihan utk membeli Tudung, pakaian, kemeja, jubah, aksesori & banyak lagi! Korang kena check out barangan dia sgt berbaloi utk grab!

📍Rusdee Boat-Noodle

Rusdee Boat-Noodle hatyai kopetro travel trip  

Lokasi untuk makan lunch kami di Restoran Rusdee Boat Noodle! Memang pelbagai hidangan Thai antaranya boat noodle mmg sgt sedap! Jgn risau restoran ini Halal jadi boleh enjoy huhu!

  

📍Ranu Kohyo

ranu kohyo gajus snek kering borong kopetro hatyai travel trip 

Ini merupakan kedai borong yang menjual pelbagai snek kering & produk dari Thailand! Paling orang akan beli di sini ialah kacang gajus! Bamziaf love sgt sebab byk produk favorite ada dekat sini!
If korang nak guna kad untuk bayaran make sure pembelian lebih 1000 baht tau!

 

📍Nora Plaza

nora plaza barangan kulit souvenier kopetro travel trip hatyai  
Ini lokasi if korang nak beli barangan kulit yang murah, plus di sini juga ada jual cenderamata Hatyai! 
Korang juga boleh shopping pakaian, beg, & banyak lagi!
Kami siap dapat kad utk diskaun 20% lagi tau!

  

📍River Grand Hotel

river grand hotel kopetro travel hatyai trip  

Ini merupakan lokasi utk penginapan kami selama bercuti di Hatyai! Hotel yang ada Halal Cert!
Lokasi hotel ini sgt bagus juga berdekatan dgn pekan Hatyai.. Bamziaf suka bilik dia sgt luas & selesa..
Kami juga dapat juga Breakfast di hotel nih!

  

📍KhlongHea Buffet Seafood Halal

  KhlongHea Buffet Seafood Halal kopetro travel hatyai

Jadi untuk makan malam kami makan di KhlongHea Buffet Seafood Halal..
Untuk per pax hanya 299 baht. Ia menawarkan buffet yang pelbagai dari laut segar hingga yang sudah di masak! Bamziaf approve this one sbb lauk dia fresh & pelbagai! Paling sedap sotong dia bila di bakar! Salmon pu best! Buah manga dia pun sedap! Bagi bamziaf mmg berbaloi if makan sini!

  

📍Klonghae Floating Market

Klonghae Floating Market kopetro travel hatyai trip  

Ini merupakan antara tempat wajib if datang ke Hatyai tau! Bamziaf suka sebab di sini banyak menjual makanan tradisi Thailand! Paling comel cawan tanah liat berbentuk Doremon tu sgt legend! 
Kalau korang jenis tak suka bersesak boleh makan kat bahagian atas lebih banyak ruang..
Selain itu ada juga cenderamata, pakaian, ikan laga pun ada & mcm mcm lagi!
Korang kena ingat Floating Market hanya beroperasi pada hujung minggu saja!

   

📍Lee Gardens Night Market

Lee Gardens Night Market kopetro travel trip hatyai

Ini merupakan center of Hatyai! Kalau korang dtg Hatyai melalui train pastinya area sini paling strategik untuk menginap.. Kalau dekat Malaysia lebih kurang mcm uptown kita! Bamziaf kalau dekat sini akan cari gorengan seperti Ayam, udang! Korang juga boleh cuba Nasi Lemat dia pun sedap! Ada juga dessert yang menarik korang boleh cuba! Siapa yang malas pergi jauh dekat sini pun korang boleh shopping pelbagai barangan menarik tau! Area sini juga ada mall, Starbucks, Watson & paling best ada dua 7-Eleven utk korang serbu! If korang nak masakan muslim bamziaf cadang korang makan dekat di Hamid Restaurant Hatyai mmg sedap & harga dia sgt berpatutan tau!
Kalau yg suka mengurut sini juga ada few pusat urut yang baik utk korang cuba!

  

Kalau korang nak naik Tuk Tuk untuk balik caj dia 200 baht ! Jadi if korang ada ramai lebih jimat la tapi if tak masih berbaloi lagi.. Tapi bamziaf balik jalan kaki sebab hotel we stay quite dekat plus boleh layan view malam Hatyai & singgah 7 Eleven lagi!


Hari Kedua - Hatyai/Songkhla

Antara lokasi yang kami visit:

📍Chang Puak Camp

chang puak camp kopetro travel trip hatyai 

Ini merupakan lokasi wajib juga untuk Tourist if datang ke Hatyai/Songkhla! Selain korang boleh tengok Show Gajah, ada show lain mcm Buaya, Singa, Monyet & korang boleh tengok arnab & burung juga... Ada aktiviti lain seperti ATV, BB Gun & lain lain lagi...

  

📍Masjid Songkhla

masjid songkhla kopetro travel trip hatyai

Masjid Songkhla ini dibina sekitar tahun 2001 & ia merupakan Masjid terbesar di wilayah ini!
Terdapat 3 aras iaitu bawah untuk Parking Kereta, Aras kedua diadakan utk Kelas atau Program keagamaan & Aras Atas merupakan Ruang Solat utama..
Bamziaf suka keindahan masjid ini yang ala Taj Mahal, mmg sgt cantik tau!
Bamziaf dengar pasangan Malaysia yang kahwin lari akan mendaftar perkahwinan di sini.. hehe

 

📍SeaVerse Cafe & Restaurant

Seaverse cafe restaurant kopetro travel hatyai songkhla trip  

Bamziaf paling excited nak visit sini sebab hari tu bamziaf tak berkesempatan untuk datang! Untuk masuk korang kena bayar 30 baht! tapi berbaloi sebab kalau korang berootd sini perghh mmg cun sgt! Bamziaf suka semua on point! Lawa ! Bamziaf juga sempat cuba menu di restoran dia! 
Paling love Orange Latte dia! Korang make sure cuba juga nnt okay

  

📍Restoran Islam Pai Daeng

Restoran Islam Pai Daeng kopetro travel samila beach hatyai songkhla trip  
Ini merupakan restoran kita untuk lunch, bamziaf dgr ramai bg good review! Yes mmg nice food dia! Restoran dia dekat area Pantai Samila... Antara menu yang bamziaf cuba, Ikan Siakap Masak Keongsam, Telur Dadar Thai, Udang Sweet Sour, Ikan Siakap Goreng Kruk Kruk, & Kangkung Goreng belacan! Bamziaf suka masakan dia mmg asli Thai!

📍Singora Tram Tour Old Songkhla City

singora tram songkhla old city kopetro travel trip hatyai  


Bamziaf excited nak experience naik Tram sbb selalu bila datang Pantai Samila just pergi dekat tepi pantai ja belum dapat peluang explore keindah Old Songkhla City! Jadi bila naik tram dia akan bawa kita menyusuri pekan ini dgn lebih dekat.. Bamziaf dapat lihat kepelbagaian bangsa & budaya di sini! Kami juga sempat singgah di di muzium mereka & cafe 
Jadi if korang nak experience kena book pakej travel KOPETRO Travel la...

   

📍Pantai Samila

samila beach kopetro travel trip hatyai   

Ini merupakan spot tourist juga, ia terkenal dgn figuran Gold Mermaid! Banyak sejarah mengenai patung mermaid tersebut selain itu korang juga boleh bergambar dgn Patung Kucing & tikus! yang dikatakan mencuri Magic Crystal bersama Anjing tapi tidak berjaya sampai ke pantai lalu di sumpah menjadi  Tang Kuan hill (Anjing) , Cat Island (Koh Maeow) & Mouse Island (Koh Nu).
Korang juga boleh naik kuda, shopping barang cenderamata! Plus jgn lupa ada Cafe Amazon & 7 Eleven juga tau dekat sini utk korang shopping!

📍Asean Night Bazaar

asean night bazaar kopetro travel hatyai trip 

Kalau korang dtg ke Hatyai tak dtg shopping dekat Asean Night Bazaar mmg rugi! Pastinya ini antara spot shopping paling best sebab apa yang korang nk di Hatyai boleh dapat di sini tau! Jgn lupa untuk tunjukkan skil tawar menawar korang! Boleh dapat diskaun lagi nnt!
Untuk tingkat atas merupakan food court! Bamziaf suka ada pelbagai makanan best Thailand & harga dia sgt la murah tau! Jadi korang kena lepak & cuba rasa makanan Thailand di sini mmg berbaloi tau~

  

Hari Ketiga - Hatyai/Danok
Antara lokasi yang kami visit:

📍BigBee Garden

   big bee garden hatyai kopetro travel trip

Ini merupakan destinasi terakhir sebelum bergerak ke Danok, pastinya disini terdapat pelbagai barangan berasaskan madu.. Korang juga boleh lihat tempat di mana lebah menghasilkan madu. Didalam store korang boleh dpt experience mencuba madu yang ada! Bamziaf sempat shopping barangan dekat sini, sbb madu dia sgt sgt murah tau! Plus ada lipbam, snek, minyak urut !

 

📍Danok

danok kopetro travel trip hatyai thailand 

Ini merupakan perhentian terakhir sebelum balik ke Malaysia! Danok mmg terkenal di kalangan orang Malaysia sebab itu disini ada ja penjual terima Ringgit Malaysia! Korang boleh shopping pelbagai produk Thailand seperti Beras Wangi, barang cenderamata, pes tomyam, & mcm mcm lagi! Kalau korang tak puas sini ada 7-Eleven lagi untuk last shopping bawa pulang ke Malaysia!


Jadi kami pun bergerak ke Sadao Immigration Checkpoint sebelum ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan Bukit Kayu Hitam ! Proses untuk Exit  sgt smooth walaupun kena beratur agak panjang sikit tapi Alhamdulillah trip ke Hatyai kali ini berjalan dengan lancar! 
Bamziaf happy sgt Trip kali ini sebab diuruskan oleh team KOPETRO Travel & Tours sgt baik!
Pastinya bamziaf excited utk adventure seterusnya!



KOPETRO Travel & Tours
Pilihan terbaik percutian idaman ke Hatyai

Bamziaf mmg sgt berpuas hati, bagi bamziaf berbaloi untuk grab pakej dari mereka,




Pakej yang ada disediakan oleh KOPETRO Travel:
RM379 (Transportation + Accommodation)
RM659 (Transportation + Accommodation + Meal)

Pakej yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel sangatlah bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat samaada keluarga, berpasangan mahupun berkumpulan, untuk setiap trip minimun adalah 35 orang & menaiki bas KOPETRO Travel..

 

Bamziaf bagi mmg love dgn perkhidmatan dari KOPETRO Travel!

kopetro travel & tours hatyai songkhla danok thailand baht

Jadi if korang nak info lanjut, korang boleh check out social media KOPETRO Travel:



#kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand

Post a Comment

2 Comments

  1. Betul-betul cuti sakan ni tuan. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru suku Hatyai! Banyak lagi tak pergi! Next trip pulak

      Delete