Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts
On September 12, 2023 by ZiafMihar in bathtub, blog, healing, holiday, hotel, kuala lumpur, love, negeri sembilan, resort, royale chulan seremban, seremban, staycation, suite, trip, vacation No comments
Percutian Healing di Royale Chulan Seremban
Salam guys!
Korang pastinya kalau pilih lokasi untuk Healing mesti luar dari kesibukan Kuala Lumpur kan?
tapi macam bamziaf sendiri agak malas untuk pergi jauh, sebab sure akan penat nak drive kan...
Bamziaf nak share experience Healing di Royale Chulan Seremban yang hanya 1 jam dari KL
Bamziaf memang love sgt hotel di bawah rangkaian ROYALE CHULAN HOTELS & RESORTS, sebab bamziaf suka konsep hotel yang ala resort in the city. Ini merupakan kali ke 3 bamziaf staycation dekat Royale Chulan Seremban tapi cuma kali ini bamziaf ada masa untuk check out attraction nearby
Kalau korang nak tahu Royale Chulan Seremban ini merupakan Hotel bertaraf 4 Bintang yang
terletak berhampiran dengan Seremban Lake Garden yang sangat cantik tu...
Kalau korang nak pergi sini jalan dalam lebih kurang 2 minit ja tau..
Royale Chulan Seremban ini mempunyai 345 bilik yang terdiri daripada 3 kategori Guest Suites..
Kalau korang nak tahu setiap bilik sgt luas & ada bathtub & shower berasingan
Antara bilik yang tersedia:
Superior & Deluxe Room
Ruang moden seluas 35 meter persegi dengan pilihan katil king atau twin boleh didapati di Bilik Superior dan Deluxe. Semua bilik menghadap gunung atau tepi tasik.
Executive Room
Bilik luas seluas 35 meter persegi dengan TV skrin rata, bilik mandi besar, peti keselamatan dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik ini terdiri daripada katil bersaiz super-king moden atau
katil berkembar dengan sofa dan kerusi berlengan (bilik bersambung atas permintaan).
Executive Suite
Suite-suite yang luas dan menawan menawarkan 51.8 meter persegi yang menghadap
ke gunung atau Taman Tasik. Bilik-bilik yang elegan ini dilengkapi dengan katil bersaiz Super king,
tab mandi dan unit pancuran mandian yang berasingan serta ruang tamu yang luas menawarkan
tahap keselesaan keselesaan yang luar biasa.
Alcove Suite
Suite seluas 77.35 meter persegi yang mengagumkan ini menawarkan ruang yang luas di mana ruang duduk dengan sofa dan meja makan disediakan di dalam setiap bilik. Selain itu, terdapat katil bersaiz super king di dalam bilik. Bilik bersambung pilihan dengan katil bersaiz twin disediakan atas permintaan. Bilik jenis ini sesuai untuk sekumpulan keluarga atau rakan-rakan.
Semua Suite Alcove adalah dengan pemandangan kolam renang.
Duplex Suites
Berukuran 104 meter persegi, bilik dua tingkat yang luas ini mempunyai ruang tamu yang lapang dengan meja makan. Terdiri daripada ruang istirahat dengan katil bersaiz king dan satu bilik mandi.
Royale Singgahsana Suite
Suite Royale Singgahsana berkeluasan 261 meter persegi dan mempunyai 2 bilik tidur. Setiap satu terdiri daripada katil bersaiz king, satu bilik mandi marmar dan jakuzi.
Tetamu yang menginap di mana-mana Bilik Eksekutif atau Suite
berhak mendapat perkhidmatan tambahan seperti:
• Sarapan pagi, snek & minuman percuma di Executive Lounge
*Daftar keluar lanjutan sehingga jam 3.00 petang (tertakluk kepada ketersediaan bilik)
*Daftar masuk dan daftar keluar peribadi
Antara kemudahan bilik yang anda:
TV skrin rata dengan 18 saluran, Peti Peti Keselamatan Elektronik, Pengering rambut,
Kemudahan Membuat Kopi & Teh, Peti ais mini, Seterika & papan seterika, Kemudahan Bilik Mandi, Akses Wi-Fi percuma, 24 jam makan di dalam bilik
Antara Kemudahan lain yang tersedia:
Perkhidmatan dobi dan cucian kering, Kaunter Pelancongan & Pelancongan, Gimnasium,
Kolam renang, Taman Permainan Kanak-Kanak, Salun, Kedai Mudah
Kalau korang stay di Royale Chulan Seremban, korang malas nak keluar luar makan terdapat pilihan restoran yang tersedian untuk korang di dalam hotel sendiri, antaranya:
Asiatique Restaurant
Makan malam bufet bertema Asiatique kami yang lazat iaitu Malam BBQ pada setiap malam Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang. hingga 10.30 malam manakala Hi-Tea hujung minggu boleh
didapati dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang. setiap Sabtu dan Ahad,
menampilkan masakan tempatan dan Barat.
Pada hari bekerja, restoran menyajikan menu ala carte, bufet makan tengah hari & Weekday hi-tea "Bincang-bincang Petang"
Han Pi Yuen
Terletak di aras Mezzanine di hotel, ia adalah restoran yang sesuai untuk sebarang majlis,
sama ada untuk makan malam kasual atau elegan. Ia mempunyai 7 bilik peribadi yang
boleh memuatkan dari 10 orang sehingga 100 orang untuk majlis korporat atau keluarga.
Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk majlis perkahwinan sehingga 250 tetamu.
Restoran ini menyajikan pelbagai menu a la carte. Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad makan tengah hari pada 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang. dan makan malam dari 6.30 ptg. hingga 10.00 malam
Sweet Seremban
Deli hotel adalah syurga bagi mereka yang lebih suka makan ringan dan menggemari roti yang baru dibakar, kek, pastri dan coklat buatan sendiri. Kemudahan menjamu selera serta produk bawa pulang disediakan. Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi - 10.00 malam.
MEETING, CONFERENCE, EVENTS AND WEDDINGS
Temui 16 bilik majlis dengan kapasiti tempat duduk antara 50 hingga 200 tetamu.
Grand Ballroom seluas 1670 meter persegi boleh memuatkan sehingga
2800 tetamu (tetapan gaya teater) dan 1600 tetamu (gaya meja bulat), sesuai untuk acara besar, persidangan dan juga majlis perkahwinan. Ruang legar Ballroom mempunyai kapasiti
untuk mengendalikan pameran pelbagai guna.
Kalau korang rancang untuk jalan jalan berdekatan dengan , Royale Chulan Seremban
ini antara tempat tempat menarik yang korang boleh visit:
Royal Gallery Tunku Ja'afar
Terletak berhampiran dengan Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Ia hanya 5 minit berjalan kaki dari Royale Chulan Seremban. Bangunan yang berkeluasan
lebih kurang 44 ribu kaki persegi itu merupakan galeri yang dibangunkan bagi mengimbau kembali ingatan Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Dia ingin membina sebuah galeri yang menggambarkan keunikan akar Negeri Sembilan,
raja-raja lampau, dan perjalanan hidupnya sebagai raja memerintah Negeri Sembilan selama 42 tahun.
Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Jelita Ostrich Farm
Ladang burung unta pertama di Malaysia yang diperakui oleh Malaysian Book of Records.
Ladang ini terkenal dengan burung unta, ladang ini juga menjadi tempat perlindungan kepada
banyak haiwan dan burung lain seperti kambing, angsa, itik, ayam belanda dan
kuda yang menjadikannya lebih menyeronokkan.
Ada 'walking tour' disediakan untuk menerokai ladang. Korang juga boleh join cabaran
"Manusia melawan telur" di mana pengunjung mendapat peluang untuk berdiri di atas telur burung unta yang sukar dipecahkan. Bagi mereka yang berminat untuk mengumpul cenderahati dan barangan luar biasa, dekat sini pun adakedai cenderamata yang menjual rangkaian produk penjagaan kulit dan rambut berasaskan minyak burung unta serta beberapa pati burung unta.
JELITA OSTRICH FARM
Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
StarFresh AgroPark
Ladang ini yang diwujudkan pada tahun 1985 meliputi kawasan seluas 40 ekar yang mempunyai pelbagai jenis tanaman seperti pokok buah, herba antaranya durian, belimbing, rosselle & banyak lagi..
Di sini juga ada dilakukan Agro Educational Trip, korang juga boleh nikmati hidangan makan juga.
Bamziaf juga sempat mencuba durian & minuman rosselle disini. Bamziaf juga sempat melihat pembuatan Jem Belimbing di buat..
STARFRESH AGROPARK
LOT 2599,12 KM Jln Seremban-Kuala Pilah, Jln Bukit Putus, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Masjid Sri Sendayan
Masjid ini yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ini mula dibina pada 2015 & dirasmikan pada 20 September 2019. Masjid ini mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu menampung seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua dengan 800 jemaah dan
dewan solat wanita dengan 800 jemaah.
Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Masjid Sri Sendayan, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Jadi if korang nak tempat healing yang terbaik boleh check out Royale Chulan Seremban
Untuk info lanjut korang boleh follow social media mereka:
On June 26, 2023 by ZiafMihar in 7eleven, blog, danok, hatyai, holiday, jjcm, jom cuti sakan, koperasi petronas, kopetro, KOPETRO Travel, KOPETRO Travel & Tours, kuala lumpur, love, pakej, songkhla, thai, thailand, tour, vacation, vacay 2 comments
Bercuti sakan ke Hatyai selama 4 hari 2 malam
bersama KOPETRO Travel & Tours
Salam guys!
Bamziaf baru baru ini travel ke Hatyai bersama geng geng Blogger tersayang selama 4 hari 2 malam! Trip yang dibawa oleh KOPETRO TRAVEL & TOURS (KOPETRO - Koperasi PETRONAS) ..
KOPETRO Travel & Tours ada pakej yang gempak tau if korang nak pergi bercuti ke Hatyai!
Pakej percutian ini akan visit 3 lokasi gempak antaranya Hatyai, Songkhla & Danok!
Pakej yang bermula dari KL , kita bergerak menaiki bus.. Jadi if korang belum pernah lagi pergi Hatyai tak la terpinga pinga nak kemana plus boleh relax tak perlu drive!
Perjalanan dari KL sgt smooth sampai bamziaf sedar sedar dah sampai ke Kuala Nerang di pagi hari..
Kami berhenti untuk refreshkan diri di Masjid berhampiran & breakfast dulu..
Kemudian kami singgah utk collect White Card! KOPETRO Travel dah tolong kita fill up tau!
Korang hanya perlu check details betul or tak! Dekat sini pun korang boleh beli simcard & tukar duit !
Kami bergerak ke Kompleks Imigresen Kota Putra, Durian Burung utk cop passport before masuk Thailand, paling best hanya ambil masa kurang dari 30 minit! Lebih jimat masa..
Kemudia kami melalui check point Ban Prakob Custom House!
Hari Pertama - Hatyai
Antara lokasi yang kami visit:
Sebelum sampai pekan Hatyai, kami sempat berhenti pekena coffee di Cafe Amazon..
Kopi yang sgt popular di kalangan orang Thailand!
Bamziaf suka harga dia sgt murah & pastinya coffee dia sooo sedap!
📍Rosecarree Gallery
Butik ini menjual kain sutera asli Thailand. Selain itu ada juga pilihan utk membeli Tudung, pakaian, kemeja, jubah, aksesori & banyak lagi! Korang kena check out barangan dia sgt berbaloi utk grab!
📍Rusdee Boat-Noodle
Lokasi untuk makan lunch kami di Restoran Rusdee Boat Noodle! Memang pelbagai hidangan Thai antaranya boat noodle mmg sgt sedap! Jgn risau restoran ini Halal jadi boleh enjoy huhu!
📍Ranu Kohyo
Ini merupakan kedai borong yang menjual pelbagai snek kering & produk dari Thailand! Paling orang akan beli di sini ialah kacang gajus! Bamziaf love sgt sebab byk produk favorite ada dekat sini!
If korang nak guna kad untuk bayaran make sure pembelian lebih 1000 baht tau!
📍Nora Plaza
Ini lokasi if korang nak beli barangan kulit yang murah, plus di sini juga ada jual cenderamata Hatyai!
Korang juga boleh shopping pakaian, beg, & banyak lagi!
Kami siap dapat kad utk diskaun 20% lagi tau!
Ini merupakan lokasi utk penginapan kami selama bercuti di Hatyai! Hotel yang ada Halal Cert!
Lokasi hotel ini sgt bagus juga berdekatan dgn pekan Hatyai.. Bamziaf suka bilik dia sgt luas & selesa..
Kami juga dapat juga Breakfast di hotel nih!
📍KhlongHea Buffet Seafood Halal
Jadi untuk makan malam kami makan di KhlongHea Buffet Seafood Halal..
Untuk per pax hanya 299 baht. Ia menawarkan buffet yang pelbagai dari laut segar hingga yang sudah di masak! Bamziaf approve this one sbb lauk dia fresh & pelbagai! Paling sedap sotong dia bila di bakar! Salmon pu best! Buah manga dia pun sedap! Bagi bamziaf mmg berbaloi if makan sini!
Ini merupakan antara tempat wajib if datang ke Hatyai tau! Bamziaf suka sebab di sini banyak menjual makanan tradisi Thailand! Paling comel cawan tanah liat berbentuk Doremon tu sgt legend!
Kalau korang jenis tak suka bersesak boleh makan kat bahagian atas lebih banyak ruang..
Selain itu ada juga cenderamata, pakaian, ikan laga pun ada & mcm mcm lagi!
Korang kena ingat Floating Market hanya beroperasi pada hujung minggu saja!
Ini merupakan center of Hatyai! Kalau korang dtg Hatyai melalui train pastinya area sini paling strategik untuk menginap.. Kalau dekat Malaysia lebih kurang mcm uptown kita! Bamziaf kalau dekat sini akan cari gorengan seperti Ayam, udang! Korang juga boleh cuba Nasi Lemat dia pun sedap! Ada juga dessert yang menarik korang boleh cuba! Siapa yang malas pergi jauh dekat sini pun korang boleh shopping pelbagai barangan menarik tau! Area sini juga ada mall, Starbucks, Watson & paling best ada dua 7-Eleven utk korang serbu! If korang nak masakan muslim bamziaf cadang korang makan dekat di Hamid Restaurant Hatyai mmg sedap & harga dia sgt berpatutan tau!
Kalau yg suka mengurut sini juga ada few pusat urut yang baik utk korang cuba!
Kalau korang nak naik Tuk Tuk untuk balik caj dia 200 baht ! Jadi if korang ada ramai lebih jimat la tapi if tak masih berbaloi lagi.. Tapi bamziaf balik jalan kaki sebab hotel we stay quite dekat plus boleh layan view malam Hatyai & singgah 7 Eleven lagi!
Hari Kedua - Hatyai/Songkhla
Antara lokasi yang kami visit:
📍Chang Puak Camp
Ini merupakan lokasi wajib juga untuk Tourist if datang ke Hatyai/Songkhla! Selain korang boleh tengok Show Gajah, ada show lain mcm Buaya, Singa, Monyet & korang boleh tengok arnab & burung juga... Ada aktiviti lain seperti ATV, BB Gun & lain lain lagi...
Masjid Songkhla ini dibina sekitar tahun 2001 & ia merupakan Masjid terbesar di wilayah ini!
Terdapat 3 aras iaitu bawah untuk Parking Kereta, Aras kedua diadakan utk Kelas atau Program keagamaan & Aras Atas merupakan Ruang Solat utama..
Bamziaf suka keindahan masjid ini yang ala Taj Mahal, mmg sgt cantik tau!
Bamziaf dengar pasangan Malaysia yang kahwin lari akan mendaftar perkahwinan di sini.. hehe
📍SeaVerse Cafe & Restaurant
Bamziaf paling excited nak visit sini sebab hari tu bamziaf tak berkesempatan untuk datang! Untuk masuk korang kena bayar 30 baht! tapi berbaloi sebab kalau korang berootd sini perghh mmg cun sgt! Bamziaf suka semua on point! Lawa ! Bamziaf juga sempat cuba menu di restoran dia!
Paling love Orange Latte dia! Korang make sure cuba juga nnt okay
Ini merupakan restoran kita untuk lunch, bamziaf dgr ramai bg good review! Yes mmg nice food dia! Restoran dia dekat area Pantai Samila... Antara menu yang bamziaf cuba, Ikan Siakap Masak Keongsam, Telur Dadar Thai, Udang Sweet Sour, Ikan Siakap Goreng Kruk Kruk, & Kangkung Goreng belacan! Bamziaf suka masakan dia mmg asli Thai!
Bamziaf excited nak experience naik Tram sbb selalu bila datang Pantai Samila just pergi dekat tepi pantai ja belum dapat peluang explore keindah Old Songkhla City! Jadi bila naik tram dia akan bawa kita menyusuri pekan ini dgn lebih dekat.. Bamziaf dapat lihat kepelbagaian bangsa & budaya di sini! Kami juga sempat singgah di di muzium mereka & cafe
Jadi if korang nak experience kena book pakej travel KOPETRO Travel la...
Ini merupakan spot tourist juga, ia terkenal dgn figuran Gold Mermaid! Banyak sejarah mengenai patung mermaid tersebut selain itu korang juga boleh bergambar dgn Patung Kucing & tikus! yang dikatakan mencuri Magic Crystal bersama Anjing tapi tidak berjaya sampai ke pantai lalu di sumpah menjadi Tang Kuan hill (Anjing) , Cat Island (Koh Maeow) & Mouse Island (Koh Nu).
Korang juga boleh naik kuda, shopping barang cenderamata! Plus jgn lupa ada Cafe Amazon & 7 Eleven juga tau dekat sini utk korang shopping!
📍Asean Night Bazaar
Kalau korang dtg ke Hatyai tak dtg shopping dekat Asean Night Bazaar mmg rugi! Pastinya ini antara spot shopping paling best sebab apa yang korang nk di Hatyai boleh dapat di sini tau! Jgn lupa untuk tunjukkan skil tawar menawar korang! Boleh dapat diskaun lagi nnt!
Untuk tingkat atas merupakan food court! Bamziaf suka ada pelbagai makanan best Thailand & harga dia sgt la murah tau! Jadi korang kena lepak & cuba rasa makanan Thailand di sini mmg berbaloi tau~
Hari Ketiga - Hatyai/Danok
Antara lokasi yang kami visit:
Ini merupakan destinasi terakhir sebelum bergerak ke Danok, pastinya disini terdapat pelbagai barangan berasaskan madu.. Korang juga boleh lihat tempat di mana lebah menghasilkan madu. Didalam store korang boleh dpt experience mencuba madu yang ada! Bamziaf sempat shopping barangan dekat sini, sbb madu dia sgt sgt murah tau! Plus ada lipbam, snek, minyak urut !
Ini merupakan perhentian terakhir sebelum balik ke Malaysia! Danok mmg terkenal di kalangan orang Malaysia sebab itu disini ada ja penjual terima Ringgit Malaysia! Korang boleh shopping pelbagai produk Thailand seperti Beras Wangi, barang cenderamata, pes tomyam, & mcm mcm lagi! Kalau korang tak puas sini ada 7-Eleven lagi untuk last shopping bawa pulang ke Malaysia!
Jadi kami pun bergerak ke Sadao Immigration Checkpoint sebelum ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan Bukit Kayu Hitam ! Proses untuk Exit sgt smooth walaupun kena beratur agak panjang sikit tapi Alhamdulillah trip ke Hatyai kali ini berjalan dengan lancar!
Bamziaf happy sgt Trip kali ini sebab diuruskan oleh team KOPETRO Travel & Tours sgt baik!
Pastinya bamziaf excited utk adventure seterusnya!
KOPETRO Travel & Tours
Pilihan terbaik percutian idaman ke Hatyai
Bamziaf mmg sgt berpuas hati, bagi bamziaf berbaloi untuk grab pakej dari mereka,
Pakej yang ada disediakan oleh KOPETRO Travel:
RM379 (Transportation + Accommodation)
RM659 (Transportation + Accommodation + Meal)
Pakej yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel sangatlah bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat samaada keluarga, berpasangan mahupun berkumpulan, untuk setiap trip minimun adalah 35 orang & menaiki bas KOPETRO Travel..
Bamziaf bagi mmg love dgn perkhidmatan dari KOPETRO Travel!
Jadi if korang nak info lanjut, korang boleh check out social media KOPETRO Travel:
#kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
MR Charming The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
Popular Posts
-
Lirik Lagu Masing Masing | Ernie Zakri, Ade Govinda Lirik Lagu | Masing Masing oleh Ernie Zakri, Ade Govinda Tapi aku letih juga lebih baik ...
-
Lirik Lagu OMK (Oh My Kadhale) | Zubir Khan X Ezra Kairo Lirik Lagu | OMK (Oh My Kadhale) oleh Zubir Khan X Ezra Kairo Ku Kan Berada Selama...
-
FRforSharing | ULTRAMAN datang ke Malaysia ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA Hi guys! Korang pernah imagine tak if tiba2 di Malaysia ada Rak...
-
Lirik Lagu Jagakan Dia | Arul Rasheed Lirik Lagu | Jagakan Dia oleh Arul Rasheed Apa mahu mu Sayang Apa mahu dari ku Telah ku cuba semuanya...


































































































































