FRforReview | Carrisa Produk Lokal yang kini dijual di SOGO
Produk Jenama Tempatan setanding Produk Antarabangsa
Hi guys!
Bamziaf baru baru ini sempat visit pembukaan kaunter produk Carrisa Beauty
di Pasaraya Besar Sogo Central i-City !
Kalau korang nak tahu Carrisa Beauty Sdn. Bhd. ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015. Mereka bermula dengan menjual pakaian di butik dalam sebuah pusat membeli belah yang terkenal
di Shah Alam, kini Carrisa memperkenal barisan produk kecantikan dan penjagaan kulit
yang setanding produk antarabangsa atas permintaan yang tinggi dari pelanggan
Carrisa Beauty Sdn. Bhd. menampilkan produk yang dihasilkan oleh Kumpulan Syarikat Pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan sijil Halal & Good Manufacturing Practice - GMP..
Jadi InshaAllah korang boleh guna dgn lebih yakin
Produk Carrisa ada skincare, penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan & pencuci peribadi wanita! Utk Kelengkapan kosmetik terdapat set palet lengkap, baby cussion, lipmatte, maskara !
Carrisa juga ada keluarkan Argan Oil!
Produk Kosmetik Carrisa
Carrisa ada keluarkan set Palet Lengkap bertemakan warna merah jambu &warna terang.
Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai.
Korang boleh padankan dengan Bedak muka Baby Cussion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama. Pilihan Lipmatte akan menyerlahkan penampilan dan senyuman wanita sebenar. Tidak lengkap gaya tanpa memakai Maskara untuk bulu mata lebih lentik, memukau mata yang memandang. Carrisa menyediakan kelengkapan kosmetik yang sesuai digayakan untuk semua acara bagi wanita yang mementingkan gaya dan kecantikkan.
Sebelum membeli produk kosmetik, Korang disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka
disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk.
Jika ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dengan berdandan,
Korang boleh ke kaunter Carrisa pastinya Pegawai mereka akan memberi tips dan produk yang sesuai untuk digunakan. Pastinya korang akan happy dengan penampilan baru!
Produk Penjagaan Diri
Bagi Krim Mandian & Skrub Badan pula, terdapat tiga campuran bahan utama
iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender & Susu Kambing. Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain. Kesannya ia dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar.
Produk Penjagaan Wanita
Pencuci peribadi wanita pula diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita. Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan. Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka. Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita dan organ intim terutamanya selepas bersalin. Cuma formulasinya telah dimodenkan bagi memudahkan pengguna mendapat khasiat daripada tumbuhan tradisi ini.
Produk jenama Carrisa adalah mampu milik.
Ia berharga antara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu.
Korang boleh berjimat ketika berbelanja kerana produk Carrisa setanding produk antarabangsa tau. Selain boleh didapati di kaunter pasaraya SOGO, produk Carrisa juga boleh dibeli secara Online menerusi Lazada, Shopee, Facebook, Instagram dan laman sesawang (Carrisa Beauty)
Perancangan Masa Depan Carrisa Beauty
Carrisa juga dalam usaha untuk mengembangkan misi perniagaan dengan mengikuti banyak acara
dan pameran di dalam dan di luar negara bagi mempromosikan produk jenama secara lebih meluas.
Banyak aturcara telah dirancang dan akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Carrisa.
Untuk yang gemar melayari sosial media dan mengetahui info terkini,
boleh melayari Tiktok, Facebook & Instagram Carrisa Beauty
untuk maklumat dan aktiviti yang telah diatur.
Tentang Carissa Beauty Sdn Bhd
Carrisa Beauty merupakan jenama kosmetik terbaru di Malaysia.
Ia merangkumi produk daripada barisan kosmetik dan penjagaan wajah.
Dengan tanda pagar kami KERANA ANDA SEMEMANGNYA CANTIK.
Ia beroperasi di alamat No. 32, Jalan SS22/21 Damansara Jaya 474000 Petaling Jaya Selangor.
Untuk keterangan lanjut dan aktiviti terkini sila layari
@iamarcosmand @lenyadam
#CarrisaBeauty #BecauseYouAreBeautiful
0 Comments