FRforSharing | Chef Faez Celebrity Chef yang Viral di Malaysia

Chef Faez Celebrity Chef yang Viral di Malaysia
Mahu lebih dikenali di Malaysia

habibi chef faez kunafa viral tiktok arab


Hi Guys! 
Korang tahu kan Kunafa antara dessert dari Negara Arab yang tengah Viral di Malaysia kan,
antara Chef yang memperkenalkan manisan ini adalah Celebrity Chef, Chef Faez  

 habibi chef faez kunafa viral tiktok arab

Biodata Chef Faez

Mohammad Faez yang lahir pada tanggal 27 Oktober 1988 , atau lebih dikenali dgn panggilan 
Chef Faez merupakan anak kelahiran Syria! Kini sudah hampir 10 tahun menetap di Malaysia.
Jejaka berusia 34 Tahun ini merupakan Chef bagi 2 cawangan restorannya iaitu di KL & Kedah!

habibi chef faez kunafa viral tiktok arab

Chef Faez memulakan kerjaya di Malaysia dengan membuka Restoran yang menyajikan masakan dari Negara Arab seperti Nasi Mandi, Lamb Shank, Kunafa & lain lain lagi..
Chef Faez yang viral bila memperkenalkan Kunafa di media sosialnya terus menempa nama di Malaysia pastinya rupa paras & perwatakan yang menarik membuat Beliau terus Viral

Kerjaya Chef Faez

Chef Faez yang sangat humble ini, menyatakan bahawa tidak mahu sepenuhnya bergantung kepada perniagaan Restoren saja & mahu terus berkembang! Chef Faez sudah pun memulakan perniagaan dalam bidang kosmetik & telah mengeluarkan "Habibi Perfume" yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.. Chef Faez juga merancang utk mengeluarkan skincare sendiri seperti Serum 

habibi chef faez viral tiktok kunafa bukit bintang

Usahawan Muda ini juga tidak berhenti disitu, Beliau dalam perancangan ingin menghasilkan lagu Single nyanyian beliau sendiri. Chef Faez juga turut menyampaikan hasrat utk berduet dgn artis tempatan bagi lagu terbaru tersebut..Jadi bamziaf pun tak sabar nak nantikan single terbaru ini

Restoran Chef Faez


Chef Faez membuka restoran pertama beliau di Menara Technip Energies yang pastinya ada menu masakan dari Timur Tengah... Bamziaf sempat mencuba masakan Chef Faez, antaranya:

Maqluba Mix Chicken & Lamb

 

Kunafa Cheese


Pastinya masakan Chef Faez mmg tak dapat di sangkal lagi mmg so sedap! Bagi bamziaf antara kunafa yang bamziaf boleh makan banyak kali sbb sedap sgt!
Chef Faez merancang untuk membuka lagi cawangan terbaru di Penang & Ipoh serta di Bukit Bintang
Bamziaf doakan moga tercapai impian Chef Faez ini...


Jadi pastinya bamziaf berharap segala perancangan Chef Faez dipermudahkan & Malaysia pastinya menerima dgn tangan terbuka Usahawan muda ini..
Korang yang mana nak tahu lebih lanjut mengenai Chef Faez jgn lupa follow social media Beliau!



Post a Comment

0 Comments