Amber Oasis 2.0: Mirage – Koleksi Fesyen Berhijab Moden
Nora Danish Serlahkan Keanggunan Wanita Berhijab
Heyyy Gaizz!
Bamziaf berkesempatan hadi ke majlis pelancaran koleksi terbaru Amber &
memperkenalkan Duta Mereka Pelakon dan ikon fesyen terkenal, Nora Danish,
Duta yang mampu membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu berfesyen dengan penuh keanggunan, keyakinan dan kelas tersendiri.
Pesona Padang Pasir Dalam Amber Oasis 2.0: Mirage
Jenama fesyen tempatan Amber memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, Amber Oasis 2.0: Mirage, yang menggabungkan keindahan landskap padang pasir dengan sentuhan moden dan sofistikated.
Setiap helaian diilhamkan daripada kelembutan alunan pasir dan misteri miraj, menjadikan koleksi ini simbol keanggunan semula jadi dan femininiti yang halus — sesuai untuk wanita moden masa kini yang menghargai kesederhanaan dan gaya eksklusif.
Inspirasi Di Sebalik Koleksi Mirage
Menurut Pemilik Amber dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan,
koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu, tetapi membawa mesej bahawa
setiap wanita berhak tampil anggun dan yakin dengan cara tersendiri.
“Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa dalam setiap helaian tanpa perlu berkompromi dengan nilai kesopanan,” katanya.
Tambah beliau lagi, nama Mirage dipilih kerana menggambarkan ilusi dan bayangan indah,
sesuatu yang tampak jauh namun mempesona, seumpama pesona seorang wanita
yang penuh rahsia dan daya tarikan tersendiri.
Koleksi Amber Oasis 2.0: Mirage – 3 Pilihan Untuk Setiap Gaya Wanita
Koleksi ini hadir dengan tiga rekaan utama yang meraikan keanggunan wanita
daripada pelbagai latar dan personaliti:
1. BELLA – RM389 (Fabric: Shimmering Voile)
Rekaan dua helai (2-piece design) yang ringkas namun mewah. Tersedia dalam warna bumi
seperti Oud Brown, Rose Gold dan Tilbury Teal, koleksi ini sesuai untuk wanita
yang berkeyakinan dan elegan.
2. LAILA – RM269 (Fabric: Armane Satin)
Menampilkan potongan moden dan ringan dalam pilihan warna Magenta, Grey dan Pale Blue, Laila memberi keseimbangan sempurna antara gaya berani dan pesona lembut.
3. MEDINA – RM329 (Fabric: Shimmering Voile)
Dihasilkan dengan potongan flowy serta lengan reben romantik,
koleksi Medina tampil dalam pilihan warna Blush Peach, Purplish Gold, Olive Gold dan Burnt Orange sesuai untuk tampilan anggun sepanjang hari.
Keselesaan, Gaya dan Nilai Kesopanan
Setiap fabrik dipilih dengan teliti untuk memastikan keselesaan maksimum, ringan, tidak panas dan mudah digosok, menjadikan koleksi ini ideal untuk pemakaian seharian tanpa mengorbankan gaya.
Amber Oasis 2.0: Mirage meraikan keanggunan, kekuatan dan misteri wanita moden,
menjadikan setiap helaian bukan sekadar pakaian, tetapi cerminan keperibadian.
Nora Danish – Simbol Keindahan Wanita Berhijab
Sebagai wajah utama kempen ini, Nora Danish mengakui rasa bangga dapat mewakili jenama yang meraikan keindahan wanita berhijab tanpa meninggalkan elemen fesyen.
“Saya percaya berhijab bukan penghalang untuk tampil bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri. Koleksi Mirage ini sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia memadukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,” katanya.
Amber – Meraikan Keanggunan Wanita Dari Malaysia Ke Dunia
Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert
menandakan kesinambungan kejayaan Amber dalam memperkukuh kedudukannya sebagai
jenama fesyen tempatan yang menuju ke pentas antarabangsa.
Dengan rekaan yang elegan, eksklusif dan bermakna, Amber terus menjadi simbol wanita moden yang berani tampil anggun, yakin dan autentik.

0 Comments