A Culinary Celebration – Makan Malam 3 Hidangan di Element Kuala Lumpur

A Culinary Celebration: Nikmati Pengalaman 3 Hidangan Eksklusif
di TRACE Restaurant & Bar, Element Kuala Lumpur


Heyyy Gaizz!
Kuala Lumpur sentiasa menjadi destinasi penuh warna untuk penggemar kulinari, dan kali ini, Bamziaf berkesempatan ke TRACE Restaurant & Bar di Element Kuala Lumpur untuk pengalaman makan malam istimewa yang wajib dicuba: A Culinary Celebration – 3 Course Menu.

Terletak di tingkat tinggi hotel Element Kuala Lumpur yang moden dan penuh gaya, 
TRACE Restaurant menawarkan suasana santai namun elegan, dengan pemandangan bandar yang menakjubkan & menjadikannya tempat sempurna untuk makan malam romantik, sambutan istimewa, atau sekadar menikmati pengalaman fine dining di tengah ibu kota.

Pengalaman 3 Hidangan yang Memikat Deria

Menu A Culinary Celebration direka khas oleh pasukan chef  Ini merupakan award-winning creations di Culinaire Malaysia 2025 . Dari pembuka selera hingga pencuci mulut, setiap hidangan diolah dengan penuh kreativiti menggunakan bahan segar tempatan dan antarabangsa.

Sebelum mula dengan Main Course kita start with Crustacean Bisque Soup,
Gabungan Lobster, Udang & Fish broth bersama Bread Roll & butter memang membuka selera


Untuk Main Course, Korang boleh pilih dari 3 menu hebat ini;

Bulgogi Glazed Beef Loin with Spinach-Infused Mousse
by Chef de Partie Eirfan Mifzhal (Silver Medal)


diinspirasikan daripada Beef Wellington klasik tetapi diberi sentuhan moden. 
Puff pastry digantikan dengan mousse daging lembu dan mousse bayam yang lembut, 
menghasilkan rasa kaya dan seimbang. Ia diserikan dengan pistachio potato trio yang 
menambah keunikan rasa dan sentuhan elegan pada persembahan hidangan.

Pan-Seared Salmon with Layered Saffron Potato
by Commis Anisa Samson (Bronze Medal)


Hidangan ini menampilkan salmon segar yang dimasak sempurna dan disalut dengan 
lapisan kentang saffron keemasan. Ia dihidangkan bersama tart Parmesan hitam buatan sendiri, diwarnakan secara semula jadi dengan dakwat sotong dan diisi dengan mousse udang kara, menghasilkan kombinasi rasa yang unik dan memikat.

Smoked Glazed Duck à la Pistachio
by Commis Danish Aqasha (Certificate of Diploma)


Hidangan ini menggunakan itik dari Bidor, Perak yang terkenal dengan kualiti dagingnya. 
Dimasak dengan gaya moden, dada itik yang lembut ini dipadankan dengan beri segar ber-glaze, menambah rasa manis semula jadi yang seimbang dengan aroma salai dan kekacang pistachio.

 Ferrero Brûlée Entremets


Akhir sekali penutup pastinya kena ada dessert kan, Gabungan fresh Berries, Vanilla Crumble & 
Salted Caramel Gelato memang melengkapi rasa hidangan

Suasana & Servis Bertaraf Premium


Selain makanannya yang luar biasa, pengalaman di TRACE juga dikuatkan dengan suasana yang moden, muzik lembut, serta servis mesra dari pasukan profesional. Gabungan ini menjadikan setiap kunjungan bukan sekadar makan malam, tetapi sebuah kenangan yang ingin diulang.

Untuk Peminat Gaya Hidup Moden

TRACE Restaurant & Bar bukan sekadar tempat makan, ia adalah destinasi untuk mereka yang menghargai seni kulinari, gaya hidup urban, dan momen santai bersama insan tersayang. Sama ada anda seorang penggemar makanan, pasangan yang ingin meraikan malam istimewa, atau pelancong yang mencari pengalaman makan eksklusif di Kuala Lumpur, ini tempatnya.


📍 TRACE Restaurant & Bar
Element Kuala Lumpur, Jalan Binjai
📅 A Culinary Celebration – 3 Course Menu kini tersedia untuk tempoh terhad

Post a Comment

0 Comments