Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip Turunkan Harga Tiket Demi Peminat

Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip 2025
Harga Tiket Turun, Lebih Ramai Peminat Dapat Sertai



Salam korang!

Penyanyi kesayangan ramai, Hafiz Suip, bakal mengadakan konsert solo istimewa bertajuk Di Sebalik Aku pada 1 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Apa yang lebih menggembirakan, harga tiket kini diturunkan hasil sokongan penajaan daripada tiga syarikat tempatan – Bienz, Solustra Perfum dan Finura. Langkah ini sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk hadir menyaksikan persembahan penuh emosi dan kenangan.

konsert Hafiz Suip 2025, harga tiket Hafiz Suip, Hafiz Suip Mega Star Arena, beli tiket Hafiz Suip, Adira konsert Hafiz.

Harga Tiket Terkini

Menurut penganjur SAH Entertainment, penurunan harga ini adalah tanda penghargaan buat peminat yang setia menyokong Hafiz sejak awal kerjaya. Berikut harga terkini untuk kategori tiket:


Bahagiamu Deritaku – RM588Awan Nano – RM358
Takdir Tercipta – RM288
Ombak Rindu – RM228
Ku Akui – RM188
Matahari – RM148

Lebih berpatutan, lebih mesra peminat.

Artis Undangan: Adira & Umai

 

Bukan Hafiz seorang sahaja di pentas, konsert ini akan turut dimeriahkan dengan penampilan Adira dan Umai sebagai artis undangan. Pastinya, gabungan vokal mantap ini akan menjadikan malam tersebut lebih istimewa dan menghiburkan.

16 Tahun Bersama Muzik

Konsert Di Sebalik Aku diraikan bukan sekadar sebagai persembahan, tetapi juga perjalanan 16 tahun seni Hafiz Suip. Dengan barisan lagu hits seperti Awan Nano, Bahagiamu Deritaku dan banyak lagi, konsert ini menjanjikan momen penuh nostalgia buat para peminat.

Tiket & Maklumat Lanjut

Tiket rasmi boleh dibeli di laman Ticketmelon.

Untuk maklumat tambahan, peminat boleh hubungi pihak penganjur melalui e-mel: hello@sahentertainment.com.


Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip adalah acara yang pasti meninggalkan kenangan indah buat peminat muzik tempatan. Dengan harga tiket yang lebih mampu milik, serta persembahan penuh jiwa daripada Hafiz bersama artis undangan, malam 1 November ini pastinya menjadi detik bersejarah.



Post a Comment

0 Comments