Showing posts with label SAH Entertainment. Show all posts
Showing posts with label SAH Entertainment. Show all posts
Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip 2025
Harga Tiket Turun, Lebih Ramai Peminat Dapat Sertai



Salam korang!

Penyanyi kesayangan ramai, Hafiz Suip, bakal mengadakan konsert solo istimewa bertajuk Di Sebalik Aku pada 1 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Apa yang lebih menggembirakan, harga tiket kini diturunkan hasil sokongan penajaan daripada tiga syarikat tempatan – Bienz, Solustra Perfum dan Finura. Langkah ini sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk hadir menyaksikan persembahan penuh emosi dan kenangan.

konsert Hafiz Suip 2025, harga tiket Hafiz Suip, Hafiz Suip Mega Star Arena, beli tiket Hafiz Suip, Adira konsert Hafiz.

Harga Tiket Terkini

Menurut penganjur SAH Entertainment, penurunan harga ini adalah tanda penghargaan buat peminat yang setia menyokong Hafiz sejak awal kerjaya. Berikut harga terkini untuk kategori tiket:


Bahagiamu Deritaku – RM588Awan Nano – RM358
Takdir Tercipta – RM288
Ombak Rindu – RM228
Ku Akui – RM188
Matahari – RM148

Lebih berpatutan, lebih mesra peminat.

Artis Undangan: Adira & Umai

 

Bukan Hafiz seorang sahaja di pentas, konsert ini akan turut dimeriahkan dengan penampilan Adira dan Umai sebagai artis undangan. Pastinya, gabungan vokal mantap ini akan menjadikan malam tersebut lebih istimewa dan menghiburkan.

16 Tahun Bersama Muzik

Konsert Di Sebalik Aku diraikan bukan sekadar sebagai persembahan, tetapi juga perjalanan 16 tahun seni Hafiz Suip. Dengan barisan lagu hits seperti Awan Nano, Bahagiamu Deritaku dan banyak lagi, konsert ini menjanjikan momen penuh nostalgia buat para peminat.

Tiket & Maklumat Lanjut

Tiket rasmi boleh dibeli di laman Ticketmelon.

Untuk maklumat tambahan, peminat boleh hubungi pihak penganjur melalui e-mel: hello@sahentertainment.com.


Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip adalah acara yang pasti meninggalkan kenangan indah buat peminat muzik tempatan. Dengan harga tiket yang lebih mampu milik, serta persembahan penuh jiwa daripada Hafiz bersama artis undangan, malam 1 November ini pastinya menjadi detik bersejarah.



Hafiz Suip kini Bangkit kembali! 
Konsert Solo Pertama di KL
Tiket Eksklusif tak cecah RM1,000


Heyyy Gaizz!
Bamziaf berkesempatan hadir ke gathering bersama team SAH Entertainment & Hafiz Suip di Bienz KL sempena PC mengenai Konsert Solo Pertama, Hafiz Suip! 
Buat pertama kali dalam kerjayanya, penyanyi, Hafiz Suip bakal mengadakan konsert solo berskala besar di ibu kota menerusi Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang dijadualkan berlangsung
di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November 2025. 


Dianjurkan oleh SAH Entertainment, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik biasa, 
sebaliknya menjanjikan pengalaman emosional yang menyentuh hati. Ia akan memaparkan kisah perjalanan hidup Hafiz, termasuk perjuangannya menempuh pelbagai cabaran peribadi dan tekanan hidup, yang membentuk kekuatannya hari ini. Selepas 16 tahun berada dalam industri seni tanah air, 
Hafiz kini tampil lebih matang bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai individu yang 
bangkit daripada kejatuhan untuk terus memberi inspirasi menerusi muzik.

Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, konsert ini membawa nilai yang cukup mendalam dan istimewa kerana ia menandakan satu titik perubahan dalam karier Hafiz. 

“Ini adalah konsert pertama Hafiz Suip di Kuala Lumpur, dan ia sangat istimewa buat kami. 
Ia bukan sekadar tentang muzik, tapi sebuah kisah peribadi yang diangkat ke pentas sebagai 
inspirasi untuk semua,” katanya. 

Dalam pada itu, Sufi memberitahu penganjuran konsert ini merupakan satu ruang penting buat Hafiz untuk kembali aktif dalam dunia seni selepas melalui detik-detik sukar dalam kehidupan peribadinya.

“Konsert ini menjadi satu sumber rezeki besar dan motivasi untuk Hafiz bekerja lebih keras.
Muzik adalah perkara yang sangat dekat di hatinya. Ini adalah medan untuk dia menyalurkan semula semangat dan cintanya terhadap nyanyian. Jika dilihat dari segi katalog lagu, Hafiz memiliki jumlah lagu hit yang sangat banyak pada usia muda berbanding ramai penyanyi lain. Setiap lagu mempunyai makna tersendiri dan dekat dengan peminat,” ujarnya. 

Malah, penganjur turut memberi perhatian khusus terhadap harga tiket agar ia mampu diakses oleh lebih ramai peminat. “Kami pastikan harga tiket adalah antara yang paling berpatutan di pasaran, lebih-lebih lagi untuk kategori VVIP. Ini sebagai penghargaan kepada peminat yang setia menyokong Hafiz sejak awal pembabitannya dalam industri,” jelasnya.


Harga tiket konsert “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip” adalah seperti berikut: 
• RM188 – Matahari 
• RM288 – Ku Akui 
• RM388 – Ombak Rindu 
• RM488 – Takdir Tercipta 
• RM588 – Awan Nano 
• RM788 – Bahagiamu Deritaku 

Jualan tiket pra-tempahan (pre-sale) akan dibuka pada 29 Julai, jam 10 pagi, 
manakala jualan umum bermula pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama. 
Tiket konsert boleh dibeli melalui laman sesawang TicketMelon


Lebih 4,000 penonton dijangka membanjiri Mega Star Arena untuk menyaksikan konsert ini 
yang bakal menggabungkan elemen muzik, naratif kehidupan serta persembahan vokal luar biasa daripada juara Akademi Fantasia musim ke-7 itu. Pada konsert kali ini juga, 
Hafiz akan turut menampilkan penyanyi jemputan istimewa, namun buat masa ini, identitinya masih dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada penonton. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi SAH Entertainment melalui emel hello@sahentertainment.com.