Powered by Blogger.

Official Faiz Rahim

Penyebaran virus Covid-19 sekarang semakin meningkat, hampir setiap hari kes baru di catatkan. 
Apa itu Covid-19 ?


Jadi kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab hendaklah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam menangani wabak ini.
Bagi mereka yang bercadang untuk melancong ke luar negara atau tempat tempat yang mempunyai risiko yang tinggi untuk penularan wabak ini silalah batalkan lawatan anda sehingga keadaan kembali pulih. 
Selain itu anda boleh lakukan langkah pencegahan:


 Apa yang anda boleh amalkan bagi melindungi diri anda:

Untuk ibu bapa semasa cuti sekolah ini:

Jika anda menganjurkan majlis atau menghadiri majlis:

Hubungi Jabatan Kesihatan yang terdekat jika anda maklumat mengenai orang orang yang mungkin mempunyai gejala atau simptom Covid-19:

Jika anda mengenali orang yang telah disahkan positif Covid-19 sila ikut langkah langkah yang di sampaikan oleh Kementerian kesihatan Malaysia


Hentikan penyebaran Covid-19, kita mampu melakukannya!

Jangan sebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih hingga menyebabkan keadaan panik & tidak terkawal
Info lanjut layari http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Trolls World Tour
2020 ‧ Fantasi/Pengembaraan ‧ 1h 35m


Tarikh Tayangan: 12 Mac 2020
Pengarah: Walt Dohrn
Pelakon: Justin Timberlake, James Corden, Ozzy Osbourne, Rachel Bloom, Kelly Clarkson



Sinopsis:
Poppy & Branch mendapati bahawa mereka hanyalah salah satu daripada enam suku Troll yang berbeza yang tersebar di lebih daripada enam penempatan yang berbeza yang dikhaskan untuk enam jenis muzik iaitu Funk, Country, Techno, Classical, Pop & Rock. Ini bermakna dunia mereka akan menjadi lebih besar & kuat. Queen Barb dengan bantuan ayahnya ingin memusnahkan semua musik dari suku Troll yang lain menjadikan Rock sahaja musik yang wujud. Poppy &Branch melakukan pengambaraan untuk menyelamatkan suku Troll yang lain dengan bantuan rakan rakan yang lain. Mampukan Poppy & Branch menyelamatkan Trolls dari Queen Barb?

Ulasan:
Filem ini antara yang di nantikan di sebabkan kejayaan Trolls pertama dulu. Dari segi animasi & watak watak yang di wujudkan memang sangat comel skali. Jalan cerita dia agak kelam kabut kurang kemas & sukar bagi kanak2 tapi apa yang cuba di sampaikan kita dapat. Dari segi muzikal agak terhad & rasa sangat tidak puas. Jika ada lagi sambungan Trolls, abam pasti akan pergi tonton!

Rating: ⭐8.5/10

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=yP86-TR6IME
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bloodshot
2020 ‧ Aksi/Drama/Sci-Fi ‧ 1h 49m PG-13


Tarikh Tayangan: 12 Mac 2020
Pengarah: Dave Wilson
Pelakon: Vin Diesel, Eiza González, Sam Heughan



Sinopsis:
Ray Garrison, merupakan seorang askar yang terbunuh di dalam pertempuran telah dikembalikan nyawanya dengan mengunakan teknologi yang canggih yang membolehkan beliau untuk pulih dari kecederaan dengan pantas & mempunyai kekuatan yang luar biasa. Beliau menyedari yang isterinya turut di bunuh & berusaha untuk membunuh pembunuh tersebut tapi semua yang di ingati adalah bukan seperti realiti yang sebenar. Ray Garrison mula menyedari yang semua itu tidak boleh di percayai & mampukah dia mempercayai diri sendiri?

Ulasan:
Filem ini abam mula teruja sebab dalam trailer dia ada bayangan KLCC, jadi korang kena tengok untuk tahu kenapa ada KLCC? Dari segi jalan cerita abam suka sebab dia tampak lebih fresh & agak tidak klishe walaupun mungkin ada sesetengah tidak bersetuju. Aksi yang di sajikan dalam filem ini memang sangat terbaik, segala teknologi nampak biasa tapi kemas & sangat wow! Pastinya lakonan Vin Diesel memang sharp & smart..

Rating: ⭐9/10

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=vOUVVDWdXbo
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hai korang abam nak share tempat best untuk korang visit dekat area Bukit Bintang iaitu @museumofillusions_kl . Abam pun baru check out tempat dia memang gempak gila tau. Untuk korang yg nak cari cari tempat untuk #InstaWorthy inilah tempatnyaa





Terdapat 16 jenis pameran yang di sediakan di antaranya ialah The Chair Illusion, Head of plater,Anti-gravity room, Infinity room & banyak lagi. 







Selain itu terdapat juga Smart Playroom &Smart Shop.



Smart Playroom
Credit to Official Website Museum Of illusion 

 



Smart Playroom menyediakan pelbagai permainan yang bakal menguji minda korang nanti di mana permainan yang kebanyakkannya di perbuat daripada kayu ini. Permainan banyak menguji otak kita untuk menyelesaikan misteri dari segi pelajaran Matematik pun ada tau. Memang korang akan jadi stress tapi yang best la bila dapat selesaikan.


Smart Shop
Credit to Official Website Museum Of illusion 

Smart Shop pulak menyediakan kebanyakkan item yang anda cuba di Smart Playroom untuk anda bawa pulang sebagai cenderahati & boleh menguji orang lain pulak.




Ticket price:
Adults (ages 13+):                             RM 35 (MyKad) / RM 45 (Non-MyKad)
Children (ages 3-12):                         RM 25 (MyKad) / RM 35 (Non-MyKad)
Students (with valid student card):    RM 30 (MyKad) / RM 40 (Non-MyKad)
Seniors (ages 55+):                            RM 30 (MyKad) / RM 40 (Non-MyKad)
Family (2 adults + 2 children):          RM 90 (MyKad) / RM 120 (Non-MyKad)


Museum Of Illusions Kuala Lumpur
MUSCAT VENTURES SDN BHD
Registration Number: 1243364-P
Address: Level 1&2, Ansa Hotel Kuala Lumpur, 101, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
               ( Between Fahrenheit 88 and Lot 10 Mall)
Operation Hours: Monday - Sunday ( 10am–10pm )
Contact: 03-2110 2654
Email: info@museumofillusions.my

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Hai korang abam nak share port baru utk korang breakfast tp versi Western... Sure bosan kan if breakfast nasi lemak ja kan, jadi korang boleh check out @bbqlambklkemensah sbb skrg mereka dah ada breakfast set tau.. Tempah dia saja dah buat abam jatuh cinta apatah lagi dapat makan makan di sini...

Siapa yg dah kenal @bbqlambklkemensah sure tahu mereka punya set lunch & dinner sgt rare sbb korang enjoy makan dlm sungai kan... Jadi utk breakfast belum dlm sungai lagi sbb terlalu sejuk nnt keras kaki korang lak tapi korang boleh nikmati keindahan sungai & kawasan sekeliling..

Untuk set breakfast bermula dari harga RM 10 & terdapat pelbagai jenis set yg korang boleh pilih.. Setiap set dah termasuk minuman panas & soup of the day tau... Abam nk suggest korang cuba Smoked Duck dia sangatlah sedap..



Waktu operasi (Breakfast) : 
dari 7 pagi (Sabtu, Ahad & Public Holiday)
Tempahan( 2 3 hari sebelum) : En Zainuddin- 0122114100 
Facebook: Bbqlambklkemensah
Lokasi: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Fantasy Island
2020 ‧ Pengembaraan/Seram/Fantasi ‧ 
1h 49min

Tarikh Tayangan: 27 Feb 2020
Pengarah: Jeff Wadlow
Pelakon: Michael Peña, Maggie Q, Lucy Hale

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan sekumpulan peserta yang memenangi peraduan untuk merealisasikan impian atau hajat mereka. Mereka di terbangkan ke sebuah pulau terpencil di panggil 'Fantasy Island' . Fantasy Island ini di jaga oleh Encik Roarke bersama beberapa orang staff. Mimpi ngeri mereka bermula apabila segala impian & hajat mereka di tunaikan. Mampukah mereka menyudahkan misi mereka?

Ulasan:
Filem ini menguji akal & minda anda untuk berfikir. Plot twist dalam filem ini jika tidak fokus anda mungkin tidak akan faham perjalanan cerita ini. Bagi abam dari segi penceritaan ada kalanya tidak berapa logik tapi jika di kaitkan dengan fantasi mungkin lebih mudah di fahami. Jalan cerita dia agak merumitkan untuk di fahami & mungkin membuatkan anda jadi stress. Abam rasa boleh di tonton tapi anda kena FOKUS!

Rating: ⭐6/10

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=a6O30nJ02PU

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Guns Akimbo
2020 ‧ Aksi/Pengembaraan ‧ 1h 35m


Tarikh Tayangan: 5 Mac 2020
Pengarah: Jason Lei Howden
Pelakon: Samara Weaving, Daniel Radcliffe, Rhys Darby

Sinopsis:
Miles terperangkap dalam kerjaya yang membosankan & masih menaruh harapan terhadap bekas kekasihnya, Nova. Miles tidak mengetahui tentang kumpulan yang mengelarkan diri mereka SKIZM di mana mereka ini mengadakan pertandingan yang memerlukan 2 orang atau kumpulan berlawan sesama sendiri sehingga ada yang mati bagi tayangan secara langsung di internet. Miles cuba untuk menjadi pengkritik dalam talian untuk program ini yang menyebabkannya terpaksa menjadi salah satu peserta &berlawan untuk mempertahankan nyawanya dengan juara bertahan Nix. Perlawanan Miles telah menyebabkan bekas kekasihnya di culik oleh Skizm. Mampukah Miles seorang lelaki yang 'Nerd' menang & menyelamatkan Nova?

Ulasan:
Filem ini sangat ganas & anda akan dapat pembunuhan yang lebih real, lakonan Daniel Radcliffe kali ini sangat membeza & memberi dimensi baru untuk kerjaya lakonan beliau. Jalan cerita & plot filem ini sangat bagus kerana dia tidak terlalu cliche atau mendatar. Segala aksi yang di pamerkan sangat memuaskan hati. Korang pastinya tidak mampu meninggalkan panggung kerana setiap saat bermakna

Rating: ⭐8/10

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=ZOFatKD0Vzo

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
  • #FRPlaceReview - Crocodile Adventureland Langkawi
    #FRPlaceReview - Crocodile Adventureland Langkawi Hi hampa semua! So abam nak share salah satu tempat yang hampa wajib pergi bila bercuti ke...
  • #FRplacereview - Underwater World Langkawi
    Underwater World Langkawi Hai semua! Abam tak habis lagi nak share dgn hampa semua tempat best dekat Langkawi.. Kali ni abam nak share @unde...
  • #FRforReview - PG Mall
     #FRforReview - PG Mall Hai hari ni abam nak share satu platform shopping online  PGMall antara local E-commerce platform yang m...

Welcome to my blog

Welcome to my blog
Micro Influencer - Shopee Ambassador

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Followers

shopee

Click HERE to Shopee-ing!

Shopee MMA Covid 19 Fund

Shopee MMA Covid 19 Fund
Let's donate!

About Me

My photo
ZiafMihar
View my complete profile

NEWSLETTER

Categories

  • #FRfilmreview
  • #FRfoodreview
  • #FRforCook
  • #FRforReview
  • #FRhelpothers
  • #FRinfosharing
  • #FRplacereview

recent posts

Sponsor

Blog archive

  • January 2021 (4)
  • December 2020 (18)
  • November 2020 (7)
  • October 2020 (7)
  • September 2020 (12)
  • August 2020 (22)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (8)
  • May 2020 (3)
  • April 2020 (3)
  • March 2020 (7)
  • November 2019 (1)
  • October 2019 (1)

Created with by ThemeXpose