#FRfilmreview - Trolls World Tour

by - March 12, 2020


Trolls World Tour
2020 ‧ Fantasi/Pengembaraan ‧ 1h 35m


Tarikh Tayangan: 12 Mac 2020
Pengarah: Walt Dohrn
Pelakon: Justin Timberlake, James Corden, Ozzy Osbourne, Rachel Bloom, Kelly Clarkson



Sinopsis:
Poppy & Branch mendapati bahawa mereka hanyalah salah satu daripada enam suku Troll yang berbeza yang tersebar di lebih daripada enam penempatan yang berbeza yang dikhaskan untuk enam jenis muzik iaitu Funk, Country, Techno, Classical, Pop & Rock. Ini bermakna dunia mereka akan menjadi lebih besar & kuat. Queen Barb dengan bantuan ayahnya ingin memusnahkan semua musik dari suku Troll yang lain menjadikan Rock sahaja musik yang wujud. Poppy &Branch melakukan pengambaraan untuk menyelamatkan suku Troll yang lain dengan bantuan rakan rakan yang lain. Mampukan Poppy & Branch menyelamatkan Trolls dari Queen Barb?

Ulasan:
Filem ini antara yang di nantikan di sebabkan kejayaan Trolls pertama dulu. Dari segi animasi & watak watak yang di wujudkan memang sangat comel skali. Jalan cerita dia agak kelam kabut kurang kemas & sukar bagi kanak2 tapi apa yang cuba di sampaikan kita dapat. Dari segi muzikal agak terhad & rasa sangat tidak puas. Jika ada lagi sambungan Trolls, abam pasti akan pergi tonton!

Rating: 8.5/10

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=yP86-TR6IME

You May Also Like

0 comments