#FRforSharing - Ikrar Systema untuk ‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ bersama Rakyat Malaysia

by - April 09, 2021

 #FRforSharing - Ikrar Systema untuk 
‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ 
bersama Rakyat Malaysia

Systema Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth


Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Program Kesihatan Pergigian (KKM), Dr Noormi Binti Othman (KIRI) dan Pengarah Dasar dan Perancangan Strategik Kesihatan Pergigian (KKM), Dr Chia Jit Chie (KANAN) wakil kepada barisan hadapan KKM telah menerima sebanyak 10,000 saiz percubaan dan 9,000 unit ubat gigi Systema saiz penuh.

Systema, pakar kesihatan gusi dari Jepun, kini berganding bahu dengan 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) 
dalam kempen Tanggungjawab Sosial Korporat untuk membantu orang awam 
‘Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth’, 
dalam usahanya untuk meneruskan dan meningkatkan lagi 
kerjasama yang terjalin pada tahun-tahun sebelumnya.

Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd


Kempen tersebut bertujuan mendidik rakyat Malaysia dan meningkatkan amalan penjagaan oral mereka untuk kesihatan gusi yang lebih baik dengan mengedar maklumat kesihatan oral berasaskan fakta dan disokong oleh kajian kepada 2 juta orang Malaysian. Pemeriksaan gigi percuma bagi mengurangkan kadar penyakit gusi secara beransur-ansur dalam kalangan orang dewasa juga disediakan untuk menolong rakyat Malaysia mengenal pasti dan mencegah masalah kesihatan oral 
seperti penyakit gusi sebelum menjadi lebih serius.


Dr. Renukanth A/L Patabi Cheta Raman, Pakar Klinikal Periodontik di Pusat Pakar Pergigian Kuala Lumpur. 


Kempen CSR yang holistik ini turut melibatkan pengagihan 10,000 unit ubat gigi Systema saiz percubaan kepada orang awam, 9,000 unit ubat gigi Systema saiz penuh kepada petugas barisan hadapan kesihatan oral, laman web interaktif www.gumhealthcheck.com yang memberi pendidikan mengenai tanda dan simptom penyakit gusi dan aplikasi penilaian kesihatan gusi percuma, pemeriksaan gigi percuma oleh klinik MDA yang mengambil bahagian, aktiviti pendidikan serta meningkatkan kesedaran di media sosial dan diskaun hebat produk Systema bagi memastikan produk kesihatan oral berkualiti mampu diperolehi oleh semua.
Dr. Chong Zhen Feng, Ketua Setiausaha Kehormat Persatuan Pergigian Malaysia



Orang ramai boleh membuat penilaian kesihatan gusi secara dalam talian, manakala mereka yang memerlukan boleh mendapatkan pemeriksaan gigi percuma di klinik-klinik ahli MDA. Kempen Systema Gumbatte pada 2019 telah membolehkan hampir 50,000 orang mendapat pemeriksaan kesihatan gusi dalam talian secara percuma dan lebih 10,000 orang berkunjung ke klinik ahli MDA yang mengambil bahagian untuk pemeriksaan gigi percuma

Systema mempunyai Sistem Anti Plak dengan ubat gigi anti-plak dan berus gigi super tirus 0.02mm untuk memastikan penjagaan kesihatan oral yang lebih sempurna.

Kempen “Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth” mengambil nama sempena teriakan motivasi Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’ sebagai kata-kata semangat supaya rakyat Malaysia mengawal kesihatan oral, termasuk ketika pandemik. 
Layari www.gumhealthcheck.com untuk mendapatkan pemeriksaan gusi dalam talian anda hari ini.

You May Also Like

0 comments