#FRforsharing - 10 step Cara nak Renew Lesen, Roadtax via myeg

 #FRforsharing - Renew Lesen, Roadtax via myeg

Hai korang! Bamziaf dengar kata dah kena start renew lesen & roadtax sebelum 30 September kan, tiada lagi lanjutan tempoh atau kelonggaran untuk anda semua ya... Korang boleh renew atas talian melalui portal MySikap atau pergi ke kaunter JPJ tapi kena buat temujanji 

Korang jangan risau bamziaf ada solusi untuk korang, bermula 9 Ogos 2021 korang boleh renew lesen ataupun roadtax korang via myeg ja tau... Sangat sangat mudah, jom bamziaf ajar step by step k...

Step 1:
Korang layari https://www.myeg.com.my/ .. If korang belum pernah Register , just register akaun dulu tersangatlah mudah & korang Login ja...

Step 2: 
Keluar paparan ini, korang pilih ja yang ada logo JPJ tu

Step 3:
If korang nak renew lesen korang pilih ja "Driving License Renewal (CDL)"

Step 4:
Korang kena pastikan gambar korang jelas, if korang nak guna gambar baru boleh atau korang boleh guna gambar lama yang ada dalam lesen sebelum nih..
Klik "Proceed"

Step 5:
Korang isikan maklumat yang di kehendaki
Then korang "Proceed"

Step 6:
Korang tengok details payment korang semua, berapa jumlah kena bayar
Then korang klik "Proceed"

Step7:
Pastikan gambar serta maklumat korang betul 
Then korang "Proceed"

Step 8:
Korang pilih method pembayaran korang then proceed dengan payment
Make sure korang download atau save resit korang tau


Step 9:
SIAP!
Korang tunggu la lesen korang sampai depan rumah korang...
Tapi sekarang korang kena bertabah sebab penghantaran mungkin ambil masa sikit
Sabarkan separuh dari Iman


Step 10:
Korang boleh check status Lesen korang
link: https://www.myeg.com.my/delivery_status/roadtax

If korang nak guna phone pun boleh tau..Korang download ja apps MYEG
Kini semua di hujung jari ja!!


Yeayyyyy dah sampai Lesen abam!
Thanks MYEG



Post a Comment

0 Comments