#FRforSharing - PERSIDANGAN HARI ASMA SEDUNIA 2022

#FRforSharing - PERSIDANGAN HARI ASMA SEDUNIA 2022
Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma


Hai hampa! Bamziaf baru ini ada menghadiri Persidangan Hari Asma Sedunia 2022 yang berlamgsung di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur anjuran Asthma Malaysia kerjasama antara Persatuan Thoracic Malaysia (MTS), Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS), AstraZeneca Malaysia & Novartis Malaysia


Asthma Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, untuk meningkatkan kesedaran terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.


Majlis ini telah di rasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin,

Menteri Kesihatan Malaysia.. Persidangan ini membincangkan cabaran dan penyelesaian dalam menangani jurang dalam penjagaan asma di Malaysia selaras dengan tema Hari Asma Sedunia tahun ini: Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma. Di Malaysia, terdapat hampir dua juta pesakit asma. Penyakit respiratori merupakan punca kematian kedua di hospital-hospital Kementerian Kesihatan.


Penyakit Asma kurang diberi tumpuan dalam agenda penjagaan kesihatan negara! Ini menyebabkan kurang membolehkan utk akses lebih awal ataupun adil diberikan kepada diagnosis atau rawatan untuk mereka yang menghidapi Asma



Beberapa siri ceramah dan dialog telah diadakan pada sebelah pagi yang diketuai oleh beberapa pakar perubatan dan wakil pesakit, apa yang dapat dirumuskan, kita perlu penambahbaikan bagi memastikan penderitaan & beban kewangan di kalangan penghidap sakit Asma di Malaysia dapat di bendung & terkawal..


Menerusi persidangan ini, pakar penjagaan kesihatan, wakil pesakit dan rakan industri berkumpul untuk meneroka potensi menjadikan asma sebagai bidang keutamaan penyakit tidak berjangkit (NCD) utama di Malaysia.YB Khairy turut merasmikan pelancaran semula laman web rasmi Asthma Malaysia, & menyaksikan majlis menandatangani ikrar oleh pelbagai pihak bagi menyatakan komitmen bersama mereka dalam meningkatkan penjagaan asma di Malaysia.



Ikrar untuk Meningkatkan Penjagaan Asma di Malaysia



Kami, yang bertandatangan di bawah ini berjanji akan bekerjasama untuk menjadikan asma sebagai bidang keutamaan penyakit tidak berjangkit kebangsaan (NCD) utama di Malaysia menjelang 2025.



Bagi tujuan ini, kami komited untuk melaksanakan dan menyokong perkara berikut:

a.Mendorong untuk Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan khusus untuk Asma

a.Mengurangkan kematian berkaitan asma sebanyak 50%

b.Meningkatkan akses kepada perkhidmatan spirometri untuk meningkatkan diagnosis asma dalam penjagaan utama

c.Membolehkan sumber penjagaan kesihatan yang lebih besar bagi membolehkan akses rawatan awal dan saksama kepada pesakit untuk merentas semua keterukan asma

d.Meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang asma terutamanya di sekolah dan tempat kerja



Bersama-sama, kita memperjuangkan punca asma di Malaysia.



Ikrar ini telah ditandatangani oleh

●Dr Helmy Haja Mydin, Pengasas Bersama Asthma Malaysia

●Associate Professor Dr Pang Yong Kek, Pengerusi Persatuan Thoracic Malaysia (MTS)

●Dr Sri Wahyu Taher, Pengerusi Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)

●Dr Thirunavukarasu Rajoo, Ketua Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Malaysia (MMA),

●Mr. Andrew Tan, Timbalan Pengerusi Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS)

●Professor Dr Roslina Abdul Manap, Pengerusi Yayasan Paru Paru Malaysia

●Dr Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia

Dr Mayuresh Fegade, Ketua Pegawai Saintifik of Novartis Malaysia

Post a Comment

0 Comments