#FRforSharing - Menangi percutian ke Korea bersama pelakon Viu Original She Was Pretty & Blimey!

#FRforSharing - Menangi percutian ke Korea
bersama pelakon Viu Original She Was Pretty & Blimey!


Hi guys! Siapa sini peminat K-Drama pastinya sudah menonton drama She Was Pretty, lakonan Hwang Jung-eumPark Seo-joonGo Joon-hee & Choi Si-won pada tahun 2015. 
Kini drama yang mendapat sambutan hebat itu kembali ke Malaysia ... She Was Pretty kini dihasilkan semula versi Malaysia..


Drama romantik ini arahan pengarah terbaik, Datuk Yusry Abdul Halim yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air iaitu Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Daniella Sya, Alvin Chong & ramai lagi.. She Was Pretty telah mula ditayangkan di Viu pada 23 Jun yang lalu & setiap minggu Dua episod baru boleh ditonton pada setiap hari Khamis.. manakala tiga episod akhir boleh di tonton pada 4 Ogos.

She Was Pretty adalah sebuah drama komedi romantik, yang menceritakan kisah dua orang sahabat lama, Nadia dan Haniff, yang bertemu semula setelah menjalani perubahan besar dari segi nasib hidup dan penampilan diri mereka, dimana penceritaannya adalah berlatarbelakangkan majalah fesyen.
Watak Nadia dilakonkan oleh Diana Danielle, Watak Haniff pula dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza, Daniella Sya pula memegang watak Kejora, & Alvin Chong pula memegang watak sebagai Ashraff.

Sekiranya anda mengikuti perkembangan terkini tentang siri terbaru Viu Original, She Was Pretty, 
anda mungkin mahu mula merancang untuk percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan! 
tapi anda mungkin berpeluang untuk Menangi percutian ke Korea 
bersama pelakon Viu Original She Was Pretty dan Blimey!

Peraduan ini diumumkan oleh Blimey semasa majlis pelancaran drama Viu Original di Tropicana Gardens Mall pada 21 Jun. Peraduan ini bakal menyaksikan dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle dan Alvin Chong, dan Blimey!

Bagaimana nak sertai?
Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.

Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, 
serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou.

Dapatkan dan isi borang peraduan disini atau di akaun Instagram Viu Malaysia dengan butiran peribadi anda dan pautan ke video anda, beserta slogan 'Saya nak bercuti di Korea bersama BLIMEY, Diana Danielle dan Alvin kerana....’ tidak lebih daripada 15 patah perkataan.

Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. 
Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai.


Arahan-arahan ini boleh didapati daripada video oleh Blimey:

Tertakluk pada Terma & Syarat

Memanfaatkan populariti drama-drama yang dibawakan oleh Viu Original, platform pan serantau ini berada di kedudukan nombor satu bagi perkhidmatan penstriman video premium melibatkan Pengguna Aktif Bulanan dan pelanggan berbayar sehingga suku pertama 2022 di Malaysia, menurut laporan Video Online Asia Tenggara AMPD Suku Pertama 2022 yang dilaporkan oleh Media Partners Asia*.

Pengguna Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih, serta laman Viu di www.viu.com.
*Sumber: Kajian AMPD oleh Media Partners Asia (MPA) melibatkan platform penstriman terkemuka, tidak termasuk YouTube dan TikTok di Asia Tenggara.

Post a Comment

0 Comments