#FRinfosharing - Guardian Healthy Beauty Awards 2020

 #FRinfosharing - Guardian Healthy Beauty Awards 2020



GUARDIAN memperkenalkan Healthy Beauty Awards 2020 di mana korang undi jenama terbaik, paling popular & paling di percayai, Korang berpeluang menang pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000

Guardian Malaysia, peneraju farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit hari ini melancarkan Anugerah Healthy Beauty 2020, Sebelumnya dikenali sebagai Anugerah Most Voted BrandsAnugerah ini akan memberikan peluang kepada lebih tiga juta pelanggannya untuk mengundi jenama-jenama kegemaran mereka serta memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000.

Undian bagi peraduan anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020 dan bakal berakhir pada 30 September 2020. Jenama-jenama akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan jenama oleh pengguna dengan lebih 70 pemenang dalam 6 kategori anugerah iaitu ‘Jenama Baru Terbaik’, ‘Undian Tertinggi Pilihan Influencer’, ‘Kosmetik’, ‘Penjagaan Kulit’, ‘Penjagaan Diri’ dan ‘Penjagaan Kesihatan’


Proses undian kali ini mengikut trend sekarang yang di mana ramai yang mengamalkan gaya hidup digital, jadi Guardian mengendalikan sepenuhnya dalam format digital, di mana semua di adakan di dalam talian. Korang tidak perlu risau tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini.. Korang hanya perlu mendaftar di www.hba2020.guardian.com.my atau daftar secara manual & mula mengundi. Tiada had bilangan penyertaan dikenakan jadi korang boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang korang mahu,” 


Selepas mengundi, korang akan menerima e-baucar RM10 yang boleh dituntut di Stor Dalam Talian Guardian dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan berlangsung. Selain itu korang juga berpeluang memenangi salah satu daripada 186 hadiah & baucar Guardian yang bernilai sehingga RM50,000 termasuk Hadiah Utama sebuah Kerusi Urut Osim uDivine V dan Baucar Tunai Guardian bernilai RM250.

Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas. 
Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan dengan undian yang paling tepat dengan senarai keseluruhan pemenang Anugerah Healthy Beauty 2020.

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat penuh Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian dan undian, sila layari http://www.hba2020.guardian.com.my/.

Jadi mulalah mengundi dan rebut peluang untuk 
memenangi hadiah-hadiah hebat September ini! 


Post a Comment

0 Comments