FRforSharing | ULTRAMAN BLAZAR kini di Malaysia! Negara pertama Penampilannya di Asia Tenggara

ULTRAMAN BLAZAR kini di Malaysia! 
Negara pertama Penampilannya di Asia Tenggara
‘JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES’ KINI KEMBALI!



Salam guys! 
Bamziaf excited bila tahu yang Jelajah Ultra Heroes kini kembali & lagi menarik bila Malaysia sekali lagi dipilih sebagai negara Pertama untuk Jelajah ini di Asia Tenggara! Untuk kali ini ia menampilkan Ultra Hero yang terbaharu tau, iaitu ULTRAMAN BLAZAR!


JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES 
(ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA)
yang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2023 bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya yang dibawakan oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., 
di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations.

Bamziaf memang excited sebab dari kecil kita menonton di TV siri aksi Ikonik dari Jepun ini, Ultraman & bila dapat melihat depan mata secara Live buat kita mengamit memori indah waktu kecil kecil.


di JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES 
ini ada banyak aktiviti menarik disediakan utk korang, antaranya;
Korang akan bersemuka dengan patung ‘ULTRAMAN BLAZAR’ bersaiz manusia setinggi 2 meter yang diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’ ! Ia tampak gagah & bamziaf sgt suka penampilan dia sgt smart! Jgn lepaskan peluang utk bergambar tau nnt

 
JELAJAH ULTRA HEROES ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd.  dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations


Menawarkan pelbagai aktiviti menarik, acara JELAJAH ULTRA HEROES ini pasti akan menawan imaginasi para peminat ULTRAMAN, yang kebanyakannya membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun yang sehingga kini masih mempunyai tarikan tersendiri.


Bagi yang turut memeriahkan acara ini tahun lalu tentu masih ingat persembahan yang mengagumkan peminat. Pertempuran yang bakal diaksikan tahun ini juga tidak kurang hebatnya dan peminat berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi sinematik yang mengujakan dan melonjakkan paras adrenalin, antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN (The Magma Invasion Army Admiral).

Jika korang nak menyaksikan sendiri persembahan pertama ultra hero kesayangan ramai ini pada 
1 Disember, jam 7 malam. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu 2, 3, 9 dan 10 Disember, pada jam 1 petang, 4 petang & 7 malam untuk setiap tarikh. 
 (*Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)

Jangan ketinggalan menonton tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang mendukung watak Gento Hiruma dalam ULTRAMAN BLAZAR.


Acara JELAJAH ULTRA HEROES ini akan meninggalkan kenangan manis kepada pengunjung apabila ia turut dimeriahkan dengan diorama menarik figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations. Bukan sekadar persembahan siri Ultraman S.H Figuarts, bahkan ia turut membawakan IP popular lain seperti ‘ONE PIECE’, ‘SPY x FAMILY’, ‘MASHLE’ dan ‘HELL’s PARADISE’.

 

Korang boleh singgah kaunter jualan istimewa untuk membawa pulang cenderahati selepas melihat figura berkualiti tinggi di sini. Tanda kenangan ini pasti akan menceriakan lagi koleksi anda!

Untuk peminat setia anime dan figura kami, Tamashii Nations juga akan membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara ini iaitu ‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO - Clear Color ver.’, 
‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’ dan ‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion - Exclusive Edition’. Bahkan ‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’ juga boleh diperolehi di sini.

 

Pada sesi jelajah ini, peminat dan pengumpul koleksi Tamashii Nations akan berpeluang untuk membeli barangan eksklusif yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. Caranya mudah sahaja, hanya pergi kaunter jualan istimewa dan anda tidak perlu lagi bersusah-payah terbang ke luar negara untuk memilikinya.

 

Selepas acara di Malaysia, ultra hero kesayangan ramai ini dijadualkan akan ke kota Asia Tenggara lain termasuklah di Thailand dan Indonesia untuk bertemu peminat di sana! Sila log masuk ke laman Facebook rasmi ‘Tamashii Nations South Asia’ untuk mendapatkan makluman terkini.

Kemasukan ke acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES adalah percuma. 
Waktu operasi adalah dari 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.


BARANGAN EKSKLUSIF ACARA 

S.H.Figuarts ULTRAMAN ZERO Clear Color Ver.

ULTRAMAN ZERO Clear Color Version muncul buat kali pertama di S.H.Figuarts. Gandingan cat metalik warna biru dan merah terang menjadikan penampilan figura ini cukup istimewa.


Boleh didapati pada harga RM210.


A toy figure of a superhero

Description automatically generated

S.H.Figuarts ULTRASEVEN [THE MYSTERY OF ULTRASEVEN]

Ultraseven dari ‘THE MYSTERY OF ULTRASEVEN’ kini boleh didapati di S.H.Figuarts. Warna merah dan perak pada badannya disesuaikan mengikut imej komik. Penambahan bayang pada tempat-tempat penting ditubuhnya membuatkan ‘Ultraseven’ yang dihasilkan dengan teliti ini kelihatan secantik versi komik. 

Boleh didapati pada harga RM229.


A toy figure of a superhero

Description automatically generated

FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU -Dragon Fist Explosion- -Exclusive Edition-

‘Super Saiyan 3 SON GOKU’, yang mempunyai tembakan penumbuk naga, kini boleh didapati di FiguartsZERO. Ia dicipta berdasarkan imej warna dari filem ‘Dragon Ball Z: Wrath of the Dragon’. Rambut dan anggota naga SON GOKU dihasilkan menggunakan pewarna mutiara untuk tampak lebih menyerlah.

Boleh didapati pada harga RM360.


A cartoon character with a dragon

Description automatically generated


BARANGAN GEDUNG TAMASHII NATIONS






GEDUNG TAMASHII NATIONS - Gedung-gedung rasmi utama yang ditubuhkan oleh TAMASHII NATIONS di Jepun, China, dan Amerika Syarikat, mempamerkan figura-figura terbaharu dengan barangan edisi terhad yang boleh dibeli di gedung berkenaan selain dijual secara eksklusif di bilik pameran rasminya, ‘TAMASHII SPOT’.


NXEDGE STYLE

[MS UNIT] NIGHTINGALE

-TOKYO LIMITED Ver.-


NXEDGE STYLE

[MS UNIT] Hi-ν GUNDAM

-TOKYO LIMITED Ver.-


THE ROBOT SPIRITS

<SIDE MS> MS-06S Char’s ZAKU
ver. A.N.I.M.E. -Real Marking-

THE ROBOT SPIRITS

<SIDE MS>RX-78-2 GUNDAM
ver. A.N.I.M.E. -Real Marking-

METAL BUILD

STRIKE GUNDAM

-HELIOPOLIS ROLL OUT Ver.-

SAINT CLOTH MYTH EX

PEGASUS SEIYA 

(New Bronze Cloth)

-GOLDEN LIMITED EDITION-

SAINT CLOTH MYTH EX

DRAGON SHIRYU 

(New Bronze Cloth)

-GOLDEN LIMITED EDITION-

SAINT CLOTH MYTH EX

PHOENIX IKKI 

(New Bronze Cloth)

-GOLDEN LIMITED EDITION-

SAINT CLOTH MYTH EX

ANDROMEDA SHUN 

(New Bronze Cloth)

-GOLDEN LIMITED EDITION-

SAINT CLOTH MYTH EX

CYGNUS HYOGA 

(New Bronze Cloth)

-GOLDEN LIMITED EDITION-

SAINT CLOTH MYTH APPENDIX GOLD CLOTH OBJECT 20th Anniversary Ver.


S.H.Figuarts

Trigger Truth

S.H.MonsterArts

Godzilla [2019] 

-Night Color Edition-

TINY SESSION 

VF-25F MESSIAH VALKYRIE(ALTO SAOTOME USE) with SHERYL NOME & RANKA LEE

-METALLIC COLOR EDITION-

THE ROBOT SPIRITS

<SIDE EVA>

EVA-01 TEST TYPE

[Best Selection]

METAL BUILD 

EVANGELION-01 TEST TYPE

-STORE LIMITED EDITION-

S.H.Figuarts

SON GOKU
-Innocent Challenger-

FiguartsZERO 

SUPER SAIYAN SON GOKU

(Tokyo Limited)

FiguartsZERO 

Monkey・D・Luffy -Battle Ver.‐(Special Color Edition)

FiguartsZERO TONYTONY.CHOPPER

(Special Color Edition)



WORLDWIDE special page | 魂ウェブ

Mengenai TAMASHII NATIONS

Berpangkalan di Tokyo, Jepun, TAMASHII NATIONS adalah jenama barangan koleksi premium daripada Bandai yang berdedikasi untuk mencipta figura-figura berkualiti tinggi. Jenama-jenama di bawahnya termasuk METAL BUILD, S.H.Figuarts, Soul of Chogokin dan The Robot Spirits. 

Laman rasmi Facebook “Tamashii Nations South Asia”:

https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia

Jabatan Koleksi Mainan rasmi BANDAI SPIRITS Co. Ltd.:

https://tamashii.jp/


用戶手冊

Mengenai PREMIUM BANDAI 

PREMIUM BANDAl adalah gedung dalam talian rasmi BANDAI yang hanya menyediakan koleksi-koleksi edisi eksklusif, terhad dan perlu ditempah awal. Sepanjang acara, item-item eksklusif Ultraman yang hanya dijual secara dalam talian juga akan ditawarkan di PREMIUM BANDAI.

Gedung rasmi PREMIUM BANDAI di Shopee Mall: https://shopee.com.my/p_bandai.os

Laman rasmi Facebook “PREMIUM BANDAI Asia”: https://www.facebook.com/pbandai.asia


Mengenai ULTRAMAN BLAZAR

https://tsuburaya-prod.com/heroes/ultraman-blazar


Inilah watak Ultraman yang dimainkan oleh Gento Hiruma. Si gagah Giant of Light (Gergasi Cahaya) ini berasal dari M421, sebuah blazar yang jauh dari Bumi. Apabila Gento mahukan kuasa demi menegakkan keadilan, alat transformasi, Blazar Brace akan muncul di lengan kirinya. Sambil meresapkan keinginannya ke dalam kristal Blazer Stone, yang menyimpan kuasa cahaya, Gento kemudian memindahkannya ke Blazer Brace dan bertukar menjadi Ultraman Blazar.

Ketinggian : 47 meter
Berat : 42,000 tan

Post a Comment

0 Comments