FRforSharing | Malaysia Hobby Expo 2023 Kini Kembali untuk Tahun Ke 5

Malaysia Hobby Expo 2023 Kini Kembali untuk Tahun Ke 5
Ada lebih 50 Aktivti Hobi & lebih 250 Pempamer Hobi


Salam guys!
Bamziaf berkesempatan untuk hadir ke Sidang Media bagi Malaysia Hobby Expo 2023 yang berlangsung di Hotel Royal Kuala Lumpur! Mereka kini kembali lagi untuk tahun ke-5 menjanjikan lebih dari 50 jenis hobby dalam satu acara antaranya kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan pelbagai lagi. 


Malaysia Hobby Expo akan berlansung selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 haribulan Disember 2023 yang juga melibatkan Konsert “Passion of Sound” pada 2hb Disember 2023. Acara ini disempurnakan bersama penganjur utama Specta Group Venture di MAEPS Serdang sebagai Lokasi Rasmi & 
Shopee sebagai penaja utama Malaysia Hobby Expo 2023.


Pengasas Malaysia Hobby Expo, En Muhammed Fidzri Syafeeq;
Menyatakan kewujudan Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow. Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019.
“Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada 2019.”

Acara ini adalah acara yang ke-5 sejak penubuhannya pada 2016 dan bangkit kembali pada tahun ini selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Antara yang menarik adalah acara ini merangkumi 
pelbagai hobi dan setiap hobi ada di zon-zon yang dikhaskan.

Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon “Hobby Bazaar”, “Hobby Group”, “Vintage Bazaar”, zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” 
yang juga merangkumi 250 pempamer dalam acara ini. 
Yuran kemasukkan acara ini adalah serendah RM20.00 untuk dewasa dan 
RM5.00 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara tersebut.


Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk 
cabutan bertuah yang bernilai RM50,000. Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.


Penganjuran Malaysian Hobby expo kali ini adalah dengan penglibatan bersama nama nama besar iaitu MPH, Todak, U Moblie, Gardenia, FITA Hobby Shop dan Decathlon. 
Selain itu, ekspo ini juga terlaksana dengan penganjuran bersama 
Malaysia Cat Groomer Association, Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala dan Eight Bar. 
Choii pula adalah “Rakan Merchandise” rasmi acara ini. Kami juga mendapat sokongan dari Kementrian Belia dan Sukan dan juga Rakan Muda untuk menjayakan acara ini.


Acara kemuncak yang akan di adakan adalah Konsert “Passion of Sound” yang menampilkan 5 artist tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan
Konsert mega ini akan berlangsung pada 2 Disember 2023 bermula jam 7 petang sehingga 12 malam. Tiket pembelian konsert ini akan di jual di platform Shopee & Platform digital kami 
bermula pada 21 November. Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. 
Cabutan ini akan dibuat pada malam tersebut dan hadiah cabutan ini adalah yang teristimewa 
sempena tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo ini.


“Ini adalah konsert gabungan yang cukup hebat dan harga tiket untuk konsert ini 
adalah yang termurah di Malaysia dengan artis yang membuat persembahan dan 
kami memastikan kelainan yang tidak ada di konsert yang lain.” 

lucky draw malaysia hobby expo 2023 elf bar shopee maeps

Konsert “Passion of sound” ini di taja oleh Elf Bar sebagai penaja utama. 
Dengan setiap pembelian tiket konsert , pembeli layak menyertai cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti sebuah Kereta BMW, Motorsikal, PS5 & lain-lain hadiah yang menarik.
\
 

Acara tahun ini juga istimewa dengan penganjuran Mini 4WD MHXCUP2023 yang mana ini adalah pengajuran pertandingan Mini 4WD terbesar yang pernah dilakasanakn di Malaysia. 
Jumlah keseleruhan hadiah bagi pertandingan ini adalah lebih dari RM30,000 dan lebih 300 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan ramai lagi. Penganjuran ini adalah usahasama antara FITA Hobby Shop dan juga MHX2023 dengan kolaborasi GTMC . 

 

Sempena ulang tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo 2023 pihak Malaysia Hobby expo akan membuat keunikan dengan menyediakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing. 
Pertandingan memancing akan dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & 
di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama pertandingan memancing ini. 

“Kami sudah mempersiapkan pelbagai platform pemasaran seperti billboard, iklan di radio dengan radio Hot FM sebagai radio rasmi dan juga dari selebriti seperti Fizo Omar, Shuib dan ramai lagi.”. 

Justeru, harapan kami tahun ini adalah supaya lebih ramai orang terutama kepada generasi muda untuk menikmati hobby secara sihat dan kreatif. Selain itu, kami menggalakkan generai muda yang mempunyai minat dalam perniagaan untuk mempamerkan produk mereka semasa acara ini diadakan.

Jadi korang if free jangan lupa untuk dapatkan tiket ke Malaysia Hobby Expo akan berlansung 
selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 haribulan Disember 2023!
Dapatkan tiket korang skrg! Jumpa korang disana!




Post a Comment

0 Comments