Saturday, 30 May 2020

#FRhelpothers - #AyamBersamaMu Food Pantry


Marilah kita menanam semangat #KitaJagaKita pada waktu yang amat tidak dijangka ini, di mana
seluruh warga Malaysia sedang melaluinya.
Anda ingin membantu? Sudah tentu anda boleh!


Jom melawat Pantri Makanan Ayam Brand yang telah ditempatkan di seluruh Malaysia!

Sekiranya anda memerlukan makanan, buka zip pantri makanan dan ambil apa yang anda
perlukan sahaja. Anda juga boleh membantu dengan menyumbang barangan yang anda ada di
pantri makanan dan tutup zip untuk orang seterusnya.


Barangan yang terdapat di pantri makanan, adalah makanan, walaubagaimanapun, anda juga
boleh membantu dengan menyumbangkan minuman, barang-barang runcit dan keperluan asas
yang lain.

Ayam Brand akan membantu mengisi semula pantri makanan dengan makanan dalam tin yang
digemari ramai dan telah berkerjasama dengan organisasi-organisasi amal di setiap negeri untuk
menjalankan pantri komuniti ini.

Berikut adalah senarai lokasi pantri makanan, Jom!:
Terengganu: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
Pahang: Baitul Husna Bukit Sekilau
Kelantan: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
Kedah: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
Penang: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
Perlis: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
Johor: Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
Negeri Sembilan: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
Perak: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
Sabah: Rumah Anak Kesayangan
Sarawak: Rumah Amal Nur Murni
Selangor: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
Kuala Lumpur: Anjung Singgah

Marilah bersama-sama kita menolong satu sama lain!

AMBIL APA YANG ANDA PERLUKAN, TINGGALKAN APA YANG ANDA BOLEH

Wednesday, 6 May 2020

#FRfoodreview - Frozen Meal


Hai hampa semua? Macam mana puasa? Ada yg tinggal tak? 😊 

Alhamdulillah hari ini abam dapat juadah berbuka dari meal_supplier ! .
 Jadi @meal_supplier ada sediakan pelbagai jenis makanan yang sudah di masak tau! 


Hampa hanya panaskan makanan itu & sedia utk di makan! 
Senang! Simple! Cepat!

Pakej yang di sediakan adalah 1 Beg ada 10 Frozen Ready Pek 

 

Hampa boleh dapat diskaun RM5 juga, jadi utk 1 beg ada 10 menu cuma RM89.90 ja! 

Jadi hampa check IG @meal_supplier skrg utk info lanjut tau! . Selamat berbuka! 😍

Monday, 4 May 2020

#FRforCook - Mee Sua + Sup Ayam (Longevity Noodles)

Salam, Hai hampa semua!! 

Jadi entry kali ini untuk pertama kali dalam blog abam nak kongsikan resipi resipi yang mudah abam selalu masak di rumah. Abam dah berapa kali terfikir nak buat entry resipi masakan abam cuma belum ada kesempatan lagi. Okay abam akan mula kongsi resipi yang abam selalu masak di rumah. Jangan risau abam bagi cara yang mudah tapi inshaAllah lazat tau

Resipi abam nak share hari ini adalah Mee Sua dengan Sup ayam tapi di kalangan kaum Cina di kenali sebagai Longevity Noodles. Jadi untuk kaum Cina mereka akan masak untuk meraikan hari kelahiran mereka. Mee Sua ini abam suka sebab dia sangat pratikal & mudah untuk di sediakan tapi rasa dia memang sedap

Ayuhhh mari kita mulakan

Bahan Bahan: 
1 Pek Mee Suah
1 Pek klang Herbs & Spices (Boleh gantikan dengan perencah sup yang lain juga) 
Ayam (Ikut berapa orang kita sediakan)
Sawi Cina
Lobak Merah
Sos Tiram
Kicap Pekat
Bawang Putih


Cara Memasak:

1. Masukkan Pek klang Herbs & Spices ke dalam 500ML air, Air ini hampa boleh agak ikut selera nak banyak atau sikit tapi jangan terlalu banyak takut nanti terlalu cair & tawar pulak


2. Masukkan ayam & perlahankan api , biarkan ayam separuh masak dahulu


3. Setelah ayam separuh masak, hampa masukkan campuran sos tiram, kicap pekat & bawang putih tadi. Biarkan ayam masak sepenuhnya


4. Sementara tunggu ayam masak, untuk sayuran hampa panaskan air sehingga dia mendidih baru hampa masukkan sayur Sawi Cina & Lobak Merah tadi. Bagi yang tidak suka Lobak Merah itu keras sewaktu mula masukkan air tadi boleh masukkan lobak merah sekali, kemudian terus tapis sayur sayur.
Abam baru teringat ada cendawan putih so abam masukkan sekali menambah seri, ingat celur sayur sekejap saja dalam 30 saat atau kurang & boleh tapis sudah

5. Selepas hampa selesai rebus sayur, air tadi jangan di buang hampa boleh celur Mee Sua pulak. Ingat Mee Sua ini agak lembut tekstur dia jadi hampa celur sekejap saja, kemudian boleh tapiskan

Abam letak atas penapis siap siap sebab mudah & tak rosakkan Mee Sua itu

6. Kemudian hampa boleh masukkan bahan2 yang kita dah siap celur tadi ke dalam mangkuk. Ayam hampa keluarkan dulu dari sup tadi 


7. Akhir sekali baru kita masukkan sup yang dah masak tadi!



Sudah Siap!
Hampa jgn lupa cuba okay!