#FRforShare - Peranti Elektronik ?

by - December 12, 2020

📌✒ Peranti Elektronik ? 

.

Hai korang tahu tak yang korang boleh berhenti merokok dengan cara yang sesuai.. abam ziaf punya experience adalah dengan menggunakan peranti elektronik dapat mengurangkan ketagihan untuk menghisap rokok.

Bagi abam ziaf mentaliti kita akan berubah kerana alat & rupa sudah berbeza dari kebiasaan kita melihat rokok

.

Korang bayangkan kalau kita mahu merokok kita biasa akan memegang rokok yang biasa, jadi if kita mahu berhenti agak susah untuk kita kawal atau displin  kuantiti rokok yang akan diambil setiap hari tapi untuk abam ziaf bila guna peranti elektronik sangat mudah untuk berhenti consume rokok sebab alatan itu lebih kepada trend & lari dari keterbiasaan kita.

.

Kos yang di gunakan juga pastinya kurang & kita ada pelbagai pilihan peranti dlm banyak bentuk.. Kita juga boleh pilih banyak perisa tau.. Jadi abam ziaf sangat mudah untuk mengawal habit merokok.

.

Kalau korang nak tahu peranti alternatif seperti ini sepatutnya tidak boleh di kenakan cukai kerana : 

1. Ia merupakan salah satu cara menghentikan dari menghisap rokok biasa. Abam ziaf dulu memang perokok tegar, nak berhenti tu adalah satu cabaran yang besar. Bila kawan kenalkan dengan peranti elektronik ni, senang pulak nak henti rokok sebabnya kita boleh berhenti hisap peranti elektronik ni bila-bila masa je dan nak hisap 2-3 sedutan pun takde masalah. Ye la, kadang kadang cuma perlukan sedikit nikotin je, takde niat pun nak hisap sebatang rokok tu.

2. Mengurangkan pengunaan rokok biasa. Korang sendiri mesti dapat nampak dah makin kurang orang hisap rokok biasa di tempat umum kan? Ramainya menggunakan peranti alternatif, termasuk abam ziaf.

3. Peranti elektronik kurang mengganggu keadaan sekeliling. Perbezaan asap yang dihasilkan daripada peranti elektronik dan rokok biasa amat ketara. Nak hisap rokok pun dah tak rasa bersalah dah sebab asap yang dihasilkan amatlah sikit. Apa-apa pun, pastikan anda tidak menghisap rokok biasa atau peranti elektronik di kawasan larangan ataupun di tempat khalayak ramai.

4. Ramai pihak akan beralih ke peranti seperti ini kerana ia lebih pratikal.

5. Ini bukan seperti rokok biasa, ia merupakan alat mekanikal

peranti alternatif tidak boleh dikenakan cukai oleh pihak kerajaan

6. Risiko peranti seperti ini sangat rendah

.

Kesimpulan jika peranti elektronik di kenakan cukai pastinya ramai akan kembali kepada rokok tradisional & peratusan untuk orang berhenti atau mengurangkan merokok pastinya akan jatuh


You May Also Like

2 comments

  1. Perghhh isu yang sgt hebat diperdebatkan oleh netizen skrg kan.. Hurm..! Perah selagi boleh! Lepas ni yang nak bersusah payah cari side income utk kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang pun akan kena ye (out of topic jap) hehe

    ReplyDelete