Saturday, 31 July 2021

#FRforSharing - Aktiviti LOCKDOWN PKP dengan Plays.org

#FRforSharing - Plays.org - 

Kembalikan Nostalgia Main Game versi Moden 




Hai Korang!
Pastinya kita menghadapi masa yang sukar skrg, pandemik Covid 19 memberi impak yang besar kepada semua orang di Dunia... Terutamanya di Malaysia kini, kes jangkitan tiap tiap hari makin meningkat, akhirnya kerajaan terpaksa melakukan "LOCKDOWN" 



Jadi solusi yang bamziaf nak share dgn korang untuk menghilangkan bosan ketika Lockdown ialah dengan bermain game di plays.org .. Ini merupakan platform di mana korang boleh bermain Game secara online secara PERCUMA...! Terdapat lebih kurang 300 permainan di sediakan...


Kalau dulu kita biasa bermain secara OFFLINE seperti batu seremban, gasing & lain lain lagi... Tapi skrg dah semakin moden jadi kita berubah pulak main games secara ONLINE.... di Plays.org ... Jadi korang boleh memilih untuk bermain mengunakan komputer ataupun di smartphone malahan if TV korang Smart TV boleh bermain di sana... Lagi meriiahhhhhh...



Plays.org sangat family-friendly so jadi korang juga boleh main dengan keluarga & anak2 juga sebab ada multiplayer option tau... Jangan risau sebab games di Plays.org ada juga game yang boleh main sambil belajar juga... 


Antara kategori kategori yang ada di Plays.org yang bamziaf suka, Tetris, Jigsaw, Bowling, Word Search, Puzzle, 2 Player, Memory, Maze, Board games, Bubble, card, Hidden Object, plusssss ada kategori CAT juga tau...


Bamziaf paling suka main game Tetra Blocks dlm kategori Tetris.... Pasti korang dah selalu main Tetris kan.... tapi if korang nak experience baru main Tetris, memang korang kena main Tetra Blocks! Game ini lebih moden & berwarna warni,,, yang bestnyaa tetris lebih nampak digital & real.... Memang lebih asyik main Tetra Blocks....



Tetra Blocks ni masih sama konsep dia mcm Tetris biasa korang main, tapi ada extra utk korang.. Akan muncul bintang2 di block block if korang dapat satukan bintang bintang ini korang akan dapat lagi extra point... So nampak lebih mencabar & menarik utk terus fokus main sampai berjaya....

Bamziaf memang sukaa sangat tambahan if korang makin meningkat level makin laju setiap block itu turun, memang mengelabah nak susun bagi berjaya... Fuhh tapi bagus mengajar kita utk lebih fokus & komited tau...


Korang jangan risau game di Plays.org memang semua ada keunikan & bestnya yang tersendiri jadi pastinya masa korang akan terisi & tidak bosan memikirkan Lockdown yang tak tahu bila akan berakhir.....

Jadi apa tunggu lagi korang, sila pergi ke Plays.org & mula bermain di sana bersama keluarga & kawan kawan...









Thursday, 22 July 2021

#FRforSharing - Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali!!


#FRforSharing - ANUGERAH GUARDIAN 2021 KINI KEMBALI!

Undi Jenama Kesihatan dan Kecantikan kegemaran anda dan 

rebut peluang memenangi hadiah hebat berjumlah RM50,000



Hai korang! Anugerah Guardian 2021 dah kembali! Anugerah ini menyaksikan lebih daripada 107 jenama mengambil bahagian dengan lebih 410 produk bertarung merebut 75 anugerah .
Terdapat ENAM kategori utama iaitu; Jenama Baru Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.

Kategori Jenama Baru Terbaik menampilkan jenama-jenama baru dan trend yang baru diperkenalkan kepada Guardian. Manakala untuk kategori Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Guardian telah menjemput tujuh orang influencer popular di Malaysia, yang menepati profil pelanggan sebenar sebagai pelanggan Guardian, untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan terbaik pilihan mereka dalam kategori yang mereka minati.


Selaras dengan Anugerah ini juga korang boleh sertai sekali peraduan tau... Penyertaan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan.


Undian dibuka dari sekarang sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan juga tidak dikenakan.


Setelah undian dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus 
di Stor Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 
dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.


Korang yang mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.


Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan dan tentang pengundian, sila layari http://awards.guardian.com.my