#FRplaceReview - The Nomad, Bangsar

#FRplaceReview - The Nomad, Bangsar


Hi korang!! Pernah terfikir tak di dalam kesibukan kota ada tempat yang korang boleh staycation dengan penuh ketenangan... yeahhh Abam dah jumpa iaitu di @nomadbangsar ...

Abam tak tahu ada tempat gempak untuk staycation di area Bangsar, area yang agak moden & ada kelas yg tersendiri .. Korang nak pergi Bangsar Village hanya 4 minit saja, Mid Valley (9minit) & tempat tempat lepak lain yang ada di area sini.. If korang nak naik LRT pun mudah dlm 7 minit sahaja.

Terdapat pelbagai pilihan unit seperti Studio, Basic 1 2 3 Bedroom & Premier 1 2 Bedroom.. So Abam stay di 2 Bedroom Suite, keluasan 820 sqft.. Ada 1 king bed, 2 Single beds, Toilet di setiap bilik, paling best ada Balkoni!!!


Suite yang abam stay ini best sangat sebab ada ruang tamu & meja makan yang luas tau.. korang juga boleh memasak sebab ada disediakan dapur & peralatannya so memang best if nak stay lama kat sini..

Korang boleh enjoy mandi di pool yang sangat luas & menenangkan, cuma skrg musim PKPB mungkin tidak lagi di benarkan..
Jangan risau korang yang sado mado, dekat The Nomad, Bangsar juga di sediakan gym untuk korang melakukan aktiviti senaman walaupun korang tgh ber-staycation kan

Kawasan di sini memang agak sunyi & menenangkan sebab mereka ada rules yang korang kena patuhi kalau tak kena denda RM 1000 tau...
Oh ya ada terdapat kiosk Starbuck so if craving coffee boleh dekat sini ja mudah bukan...

Jangan risau The Nomad Bangsar mempraktikan segala SOP yang telah di tetapkan.. jadi korang jangan lupa untuk check in MySejahtera  & check suhu korang k

#NomadResidences #NomadBangsar #TheNomadServicedResidencesBangsar #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #WhereToStayInKL #ServicedResidences #Staycation #GengKiteJalan

Post a Comment

0 Comments