FRforSharing - Havoc Midnight Concert
Bakal Kasi Pecah Havoc Food Festival
Hi guys! Pastinya best kan if pergi ke festival yang ada makanan, automotif, fesyen dan kecantikan, tetapi juga ikut menyemarakkan dunia hiburan dengan persembahan dari para artis pastinya korang boleh enjoy semua ini di Havoc Food Festival
yang diuruskan oleh Havoc Event & Management Sdn Bhd - HAVOC
Festival yang memberi satu fenomena baru kepada rakyat Malaysia,
Kini kembali utk edisi yang ke enam! Bamziaf excited untuk edisi kali ini sebab untuk pertama kalinya
Havoc Midnight Concert bakal di anjurkan! Konsert ini akan bermula 3 & 4 September dari
jam 10 malam hingga 12 malam di lokasi pertama mereka iaitu di Dataran Karnival Shah Alam
Havoc Midnight Concert ini akan dihavockan oleh barisan pemuzik hebat
seperti Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi & KClique!
Barisan pemuzik ini bakal menyajikan lebih kurang 20 lagu setiap hari..
Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir di Shah Alam, korang boleh temui mereka di MITC Melaka pada 4,5 dan 6 November 2022 depan. Havoc Midnight Concert bakal melabuhkan tirai di lokasi terakhir mereka di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru! padadua malam terakhir sebelum 2023 menyapa dunia iaitu 30 dan 31 Disember 2022
Tiket untuk Havoc Midnight Concert telah pun di jual.
Untuk pembeli 1000 tiket terawal korang bakal mendapat promosi Early Bird
untuk Normal Zone & Rock Zone !
Official Ticket Price
Rock Zone - RM140
(Early Bird RM109)
Normal Zone - RM80
(Early Bird RM69)
Combo Rock Zone - RM199
Combo Normal Zone - RM120
Selain mendapatkan hiburan, usah risau kerana di sini juga akan berlangsung festival makanan dan jualan lainnya yang telah menjadi trademark dan mendapat kerjasama dari Cuti Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019.
0 Comments