#FRinfoSharing - ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’

 #FRinfoSharing - ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’



Pandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan terutamanya golongan berpendapatan rendah & yang memerlukan


Menyedari hakikat bahawa kita #KitaJagaKita , Guardian Malaysia telah memulakan satu kempen amal dengan menyediakan cecair pembasmi kuman kepada golangan yang memerlukan agar mereka dapat mengekalkan kebersihan diri, mereka kekal selamat..

“Dikenali sebagai kempen ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’, kami akan mengagihkan 15,000 botol cecair pembasmi kuman tersebut kepada para pelanggan dan 14 buah rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia serta akan menggalakkan pelanggan untuk turut terlibat dalam usaha amal ini,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura


Untuk permulaan, Guardian Malaysia akan mengagihkan kira-kira 3,000 botol cecair pembasmi kuman ke beberapa organisasi amal terpilih bermula awal bulan Disember. 
“Bermula 16 Disember, kami akan memulakan inisiatif ini di stor-stor kami dimana pelanggan yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas dalam satu resit bakal menerima satu botol cecair pembasmi kuman percuma. 
“Mereka mempunyai pilihan untuk mendermakan botol cecair pembasmi kuman tersebut ke rumah atau organisasi kebajikan terpilih dalam negeri masing-masing dimana stor Guardian berada. 

“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengimbas kod QR pada poster kempen yang dipaparkan di stor tersebut dan menyerahkan botol itu semula kepada kakitangan kami yang kemudiannya akan mengumpulkan botol-botol tersebut untuk diedarkan ke organisasi amal yang telah dikenal pasti di negeri mereka. Kami telah memperuntukkan 12,000 botol cecair pembasmi kuman bagi tujuan ini,” jelas Anna.

Kempen dalam stor akan berlangsung selama seminggu bermula 16 Disember sehingga 20 Disember 2020 atau sehingga kehabisan stok.

“Kami amat menggalakkan para pelanggan yang datang ke stor untuk turut serta dalam menjayakan usaha amal ini kerana inilah masanya untuk kita saling menjaga antara satu sama lain,” tambah Anna.






14 rumah dan organisasi kebajikan yang telah dikenal pasti 
untuk menerima cecair pembasmi kuman adalah:


Johor
Calvary Victory Centre,
Bangunan PKK 3, Education Hub Persisiran Sutera Danga 1,
Sutera Utama,
81300 Skudai, Johor

Kedah
Pusat Jagaan Orang Tua dan OKU D’Zenith Homes,
372, Jalan Tiong, off Jalan Badlishah,
08000 Sungai Petani Kedah.

Kelantan
Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Lilbanat) Siti Aminah,
Kg. Baru Luar, Pasir Pekan,
16250 Tumpat, Kelantan.

Melaka
Rumah Anak Yatim Miskin (PAYASUM),
KM 18, Paya Rumput Jaya,
76300 Sungai Udang, Melaka.

Negeri Sembilan
Persatuan Kebajikan Vinashini,
10M, Batu 4 ½, Jalan Kuala Sawah, Mambau,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Pahang
Rumah Puteri Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna,
Lot 132, Kampung Pelindung Beserah,
26100 Kuantan Pahang.

Perak
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman
Plot 359, Lorong Dato, Off, Jalan Dato Manjoi,
30020 Ipoh, Perak.

Perlis
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis,
Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi Dalam
02600 Arau, Perlis.

Penang
Silver Jubilee Home For The Aged,
Jalan Sungai Dua,
11700 Pulau Pinang.

Sabah
Bukit Harapan,
Jalan Tuaran Bypass, Menggatal,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Sarawak
The Salvation Army Children's Home,
138 Jalan Uplands,
93200 Kuching, Sarawak.

Selangor
SHELTER Home for Children,
No. 9, 1st floor, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

Terengganu
Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah,
Lot 4972, Taman Alam, Perdana Binjai,
24000 Kemaman, Terengganu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pusat Jagaan Kanak-kanak WP,
No.9 Jln 9/39, Taman Petaling,
52100 Kepong K.L.

Jadilah jom korang bersama Guardian Malaysia kita menjayakan kempen amal ini!

Post a Comment

0 Comments