FRforSharing | Yayasan Kebajikan Budimas menyambut World Food Day

Yayasan Kebajikan Budimas menyambut World Food Day
Menyajikan Harapan, Mengisi Hati



Salam Guys!
Yayasan Kebajikan Budimas atau The Budimas Charitable Foundation meraikan World Food Day untuk menekankan kepentingan makanan disamping menyediakan sajian makan malam kepada 
lebih daripada 170 kanak-kanak kurang bernasib baik.


Acara ini dihadiri tetamu kehormat Tunku Dato’ Yaacob Khyra, Pengerusi Yayasan Kebajikan Budimas, dan Anne Rajasaikaran, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Budimas, 
menjanjikan malam yang penuh berinspirasi.

Turut hadir, badan korporat terkemuka seperti Alstom Transport dan Sunway Velocity bersama dengan tetamu jemputan dan kanak-kanak yang dikasihi dari Rumah Kanak-Kanak Triniti, Yayasan Hiichiikok, Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Rumah Bakti Dato’ Haron, The Budimas Orion Home, Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, dan Kampung Orang Asli Tanjung Sepat.


Acara tersebut bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Anne Rajasaikaran, 
menekankan kepentingan makanan dalam kelangsungan kehidupan kanak-kanak di Malaysia. 

Tunku Yaacob Khyra, Pengerusi Yayasan Kebajikan Budimas, juga mengulangi sentimen ini dalam ucapan beliau, disamping memberi komitmen untuk terus memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses kepada makanan berkhasiat setiap hari.

 
Seterusnya, jamuan makan malam yang lazat juga disajikan kepada lebih 170 kanak-kanak kurang bernasib baik, menyediakan makanan yang enak. 


Budimas Blind Taste Challenge pula menambahkan elemen kejutan kepada kanak-kanak yang hadir. Mereka diminta untuk meneka jenis makanan berkhasiat yang disuap menjadikan pendidikan pemakanan lebih menarik dan menyeronokkan.

 
Tambahan pula, kanak-kanak yang hadir pada malam tersebut juga menerima pek makanan dan Pendidikan yang di sempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Budimas, 
Tunku Dato’ Yaacob Khyra. Malam yang penuh bermakna tersebut dengan penyampaian token penghargaan kepada jemputan rumah-rumah kebajikan dan wakil Kampung-Kampung Orang Asli 
yang hadir pada malam tersebut.

"Di Budimas, tekad kami adalah untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak. Ia adalah misi yang kukuh dalam apa yang dilakukan oleh Yayasan Kebajikan Budimas. Kami teguh dengan pendirian bahawa makanan bukanlah hak yang istimewa tetapi hak asasi bagi setiap kanak-kanak, tanpa mengira keadaan mereka," ditekankan oleh Tunku Yaacob Khyra, Pengerusi Yayasan Kebajikan Budimas

Yayasan Kebajikan Budimas komited terhadap prinsip-prinsip yang disampaikan. Program pemakanan kami melibatkan penyediaan sarapan berkhasiat setiap hari kepada lebih daripada 5,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Ini menunjukkan komitmen kami dalam membasmi kemiskinan makanan, dan secara langsung akan membuka jalan kepada masa depan yang lebih sihat untuk kanak-kanak di Malaysia.


Mengenai Yayasan Kebajikan Budimas

Yayasan Kebajikan Budimas ialah pertubuhan bukan kerajaan. Diperbadankan di bawah 
Akta Pemegang Amanah 1952, misi Yayasan Kebajikan Budimas adalah untuk menyediakan 
bimbingan dan pembiayaan dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan anak yatim dan 
kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Bergerak secara aktif untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menjalani yang normal. Yayasan Kebajikan Budimas telah menangani keperluan kanak-kanak kurang berkemampuan melalui pendekatan program kebajikan teras dengan pembentukan tiga program iaitu Budimas Home Charity Fund, Budimas Food Charity Fund dan Budimas Education Charity Fund yang memenuhi tiga keperluan asas kanak-kanak iaitu makanan, pendidikan dan rumah.

Post a Comment

0 Comments