Butter Kaya Kopitiam, Hidangan kegemaran Rakyat Malaysia
Kopitiam yang menawarkan hidangan lokal dengan sentuhan moden
Salam Korang!
Bamziaf excited nak share satu Kopitiam yang telah membuka cawangan baru mereka di MyTOWN iaitu Butter Kaya Kopitiam yang menunya pasti akan memenuhi citarasa rakyat Malaysia mahupun Luar. Kalau korang nak tahu Butter Kaya Kopitiam ini sebenarnya sudah ada 4 cawangan tau, di Petaling Street, Sama Square Setapak, Melaka & yang terbaru ini di MyTown Shopping Centre.
Bamziaf teruja dapat jumpa of the partner untuk Butter Kaya Kopitiam iaitu Chef Irwan. Seorang Chef yang mempunyai experience luar biasa dalam dunia F&B & pernah berkhidmat untuk Istana juga.
Chef Irwan turut menyampaikan hasratnya untuk membawa jenama Butter Kaya ke peringkat Global
Jom Bamziaf share antara fav menu di Butter Kaya Kopitiam ini;
Roti John Satay Lemak Crossover
Bamziaf suka Roti John yang basic kita selalu makan tapi ini siap ada inti Satay &
kuah kacang tu, so first bite korang akan suka sgt
Omurice Blackpepper Beef
Ini memang semua cukup rasa, kuah dari Beef dia mmg rasa pedas yang sedap
Apam Balik Lava Bun
korang bayangkan rasa Apam Balik tapi cair dimulut itu yang korang boleh dapat bila makan ni
Rojak Jumbo Rolls
Ini bukan tipikal popia, tapi rojak yang dalam bentuk rolls mmg first bite korang rasa suprise
sebab lain rasa dari makan rojak biasa
Dry Noodle Nasi Lemak
Selalu bamziaf makan dry noodle hanya ada sambal sikit & biasa tapi this one best sebab sambal dia ada sambal nasi lemak so mmg lain version of dry noodle
Dirty Cake
Ini mmg fav Bamziaf! bukan like normal Tiramisu Cake, this cake mmg sedap x manis sgt
Bila korang makan dia terus cair, after taste yang dark choc dia mmg sedap!
Actually banyak lagi menu menu lain yang Bamziaf rasa sedap juga, tapi Bamziaf nak bagi korang experience sendiri Dine In dekat Butter Kaya Kopitiam ini!
Jadi korang jgn lupa untuk check out Butter Kaya Kopitiam, rasakan keunikan hidangan mereka




"We Make Good Food for Kawan"
1 Comments
jarang nampak kopitiam menu yang moden macam niiii, kena terjah la sekali nnt!
ReplyDelete