Niat Puasa & Ucapan Salam Ramadan

Niat Puasa & Ucapan Salam Ramadan

niat puasa sebulan ramadan

Salam Korang!
Pastinya semua teruja untuk menyambut bulan Ramadan. Untuk rakyat Malaysia kita akan start puasa pada 2 Mac 2025 bersamaan 1 Ramadan 1446H

Bamziaf nak ucapakan Selamat menyambut Bulan Ramadan & moga amalan kita dibulan yang mulia ini diterima-Nya serta mendapat keberkatan juga

Jadi if korang yang dah terlupa Niat Puasa Bamziaf akan sertakan sekali

Niat Puasa Sebulan (Ramadan)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Nawaitu sauma shahri ramadhana kullihi lillahi ta‘ala.”
(Aku berniat puasa selama satu bulan penuh pada bulan Ramadan kerana Allah Ta‘ala.)

Namun, jika terlupa berniat sebulan, anda masih boleh berniat setiap malam dengan niat harian:

Niat Puasa Harian

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Nawaitu sauma ghodin ‘an ada’i fardi ramadhana hazihis sanati lillahi ta‘ala.”
(Aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta‘ala.)



Poster/Gambar Ucapan Salam Ramadan

Bamziaf share juga untuk korang gambar/poster untuk korang guna 
wish Selamat menyambut bulan Ramadan


#TeamSingle Lelaki

 

#TeamSingle Perempuan

 

#TeamTillJannah

 




Selamat berpuasa korang! puasa penuh tau!!


Post a Comment

0 Comments