Kerjasama Strategik antara
RIYAZ International & Jin Jiang Hotels untuk Meluaskan Hospitaliti di seluruh Asia Tenggara
Pelancaran RJJ Hotels serta beberapa perjanjian penting mengukuhkan kedudukan Malaysia
sebagai hab pelancongan dan pertumbuhan pelaburan serantau
Heyyy Gaizz!
Kumpulan hospitaliti milik Malaysia, RIYAZ International Sdn. Bhd., telah memeterai kerjasama strategik dengan Jin Jiang Hotels (China Region) bagi melancarkan RJJ Hotels Sdn. Bhd. dan meluaskan operasi mereka di seluruh Asia Tenggara dan rantau Asia Pasifik.
Sebuah majlis menandatangani perjanjian dan pelancaran telah diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) untuk meraikan detik bersejarah ini, dan telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, YBhg. Dato’ Hairil Yahri Yaacob, bagi pihak YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri yang turut menyampaikan ucaptama.
Majlis ini dihadiri lebih 400 pemegang taruh industri, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap peranan Malaysia sebagai hab pelancongan, hospitaliti, dan pelaburan rentas sempadan.
Pengarah Urusan Kumpulan RIYAZ International dan RJJ Hotels, Dato’ Sri Shaheen,
memulakan cara dengan ucapan alu-alauan diikuti dengan ucapan oleh
Naib Presiden Jin Jiang International, Zhou Wei.
Beberapa perjanjian penting telah dimeterai dalam majlis tersebut, termasuklah:
Perjanjian Lesen Pengurusan (MLA) antara RJJ Hotels dan Jin Jiang Hotels (China Region)
Perjanjian Usaha Sama antara RIYAZ International dan Permodalan Satok Berhad (PSB)
untuk projek Metropolo Jin Jiang Sarawak
Perjanjian Lesen Pengurusan (MLA) telah ditandatangani oleh Dato’ Sri Shaheen dan Zhang Zhonghao, Naib Presiden Kanan Jin Jiang Hotels (China Region), dan disaksikan oleh Zhao Qi, Setiausaha Parti dan Pengerusi Jin Jiang International Group, bersama wakil-wakil kanan daripada
RIYAZ dan Jin Jiang International.
Pemeteraian perjanjian ini menandakan pelancaran RJJ Hotels sebagai sebuah platform untuk
memacu pertumbuhan dan pelaburan serantau, sekali gus mengukuhkan aliran hospitaliti
melangkaui Malaysia dan China.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, RIYAZ International telah mengukuhkan kedudukannya dengan portfolio yang memenangi anugerah, merangkumi The RIYAZ, Dash, The Pure dan AQVA.
Sementara itu, Jin Jiang Hotels (China Region) adalah sebahagian daripada Shanghai Jin Jiang International Hotels Co., Ltd., yang merupakan salah satu kumpulan hotel terkemuka di dunia.
Dengan lebih daripada 17,000 hotel dan 1.6 juta bilik di 55 negara, portfolionya merangkumi
jenama premium, pertengahan, dan ekonomi.
Menerusi RJJ Hotels, kumpulan itu akan memperkenalkan lima jenama utamanya,
Metropolo Jinjiang Hotels, Lavande Hotels, Jinjiang Inn, Ginco dan Renjoy ke Asia Tenggara bagi memenuhi pelbagai keperluan perjalanan merangkumi segmen perniagaan dan percutian.
Petikan ucapan:
Ucapan dari YBhg Dato’ Hairil Yahri Yaacob,
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia,
bagi pihak YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia , berkata:
“Kerjasama antara Kumpulan RIYAZ dan Jinjiang Hotels (China) membuktikan keyakinan kukuh para pelabur terhadap ketahanan ekonomi Malaysia. Ia juga menekankan kepentingan kerjasama global dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk perdagangan, pelancongan dan pembangunan mampan. Akhirnya, nilai kerjasama seperti ini bukan sahaja diukur melalui jumlah bilik yang dibuka, tetapi melalui kualiti peluang yang dicipta untuk rakyat Malaysia:
dengan mengambil kira berapa banyak PKS yang menyertai rantaian nilai; berapa ramai belia menerima latihan bertaraf dunia, dan sejauh mana keberkesanan kita mengintegrasikan kelestarian,
daripada kecekapan tenaga hinggalah pengurangan sisa dalam operasi harian.”
Dato’ Sri Shaheen,
Pengarah Urusan Kumpulan RIYAZ International dan RJJ Hotels berkata:
“RJJ Hotels bukan sekadar pelancaran, ia adalah peluang untuk Malaysia menerajui era baharu hospitaliti rentas sempadan. Dengan kekuatan tempatan yang dimiliki oleh RIYAZ serta jaringan luas Jin Jiang, kami dapat memacu pertumbuhan yang meletakkan Malaysia di tengah-tengah landskap pelancongan Asia Tenggara.”
Zhou Wei, Naib Presiden Jin Jiang International (Group) berkata:
“Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan kami, dan daya tahan yang ditunjukkan oleh Malaysia menjadikannya sebagai hab semula jadi. Kerjasama dengan RIYAZ membolehkan kami lebih memahami pasaran tempatan bagi membawa sumber global ke rantau ini
dan menawarkan hospitaliti yang mencipta nilai jangka panjang.”
RIYAZ International dan Jin Jiang Hotels menegaskan komitmen mereka untuk memacu pertumbuhan hospitaliti yang mampan, dengan Malaysia sebagai hab utama dan Asia Tenggara
sebagai destinasi pengembangan seterusnya.
0 Comments