Salonpas Inspirasi Gaya Hidup Aktif & Recovery di International Marathon & Wellness Carnival 2026
Salam Korang!
Sebagai jenama yang sinonim dengan kelegaan otot dan sokongan recovery, Salonpas terus menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif melalui penyertaannya dalam International Marathon & Wellness Carnival 2026 yang berlangsung di Bukit Jalil National Stadium.
Acara selama tiga hari ini menghimpunkan lebih 2,800 peserta dari 9 negara, terdiri daripada pelari, pencinta kecergasan dan komuniti wellness yang berkongsi matlamat sama iaitu mengamalkan kehidupan yang lebih sihat dan aktif.
Recovery Adalah Sebahagian Daripada Gaya Hidup Aktif
Bersenam dan bersukan bukan hanya tentang prestasi, tetapi juga bagaimana badan dipulihkan selepas aktiviti fizikal.
Melalui acara ini, Salonpas menekankan kepentingan active recovery supaya individu dapat terus aktif dan bersedia untuk cabaran seterusnya.
Para KOL dan pencipta kandungan turut menyertai kategori 5KM Run sambil berkongsi rutin recovery mereka menggunakan produk Salonpas sebelum dan selepas larian.
Sejukkan Otot Dengan Salonpas Jet Spray
Sebelum dan selepas larian, Salonpas Jet Spray menjadi pilihan ramai peserta.
Antara kelebihannya:
- Memberikan sensasi penyejukan yang membantu melegakan otot yang letih.
- Mudah digunakan pada bahagian seperti betis, paha, bahu dan belakang badan.
- Praktikal untuk dibawa ke mana-mana.
- Sesuai dijadikan sebahagian daripada rutin recovery selepas bersukan.
Bagi pelari dan individu aktif, format semburan yang mudah digunakan menjadikannya pilihan yang praktikal selepas aktiviti fizikal.
Recovery Lebih Selesa Dengan Salonpas Patch
Selepas tamat larian, ramai peserta meneruskan rutin recovery menggunakan Salonpas Patch.
Kelebihan utama termasuk:
- Membantu melegakan sakit dan kekejangan otot secara tertumpu.
- Mudah ditampal pada bahagian seperti bahu, belakang badan, lutut dan betis.
- Selesa dipakai ketika berehat atau melakukan aktiviti harian.
- Membantu menyokong pemulihan selepas aktiviti sukan dan senaman.
Dengan recovery yang baik, individu dapat kembali menjalani latihan dan aktiviti harian dengan lebih selesa.
Menyokong Komuniti Sukan & Wellness
International Marathon & Wellness Carnival 2026 menampilkan kategori 21KM Half Marathon, 10KM Run dan 5KM Fun Run, selain pelbagai aktiviti wellness, program komuniti dan bazar makanan & minuman.
Acara ini turut melibatkan kerjasama pelbagai organisasi, penaja dan rakan strategik dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat serta kesejahteraan masyarakat.
Selain itu, inisiatif kutipan dana turut dijalankan bagi menyokong National Cancer Society Malaysia dan Malaysia Scout Club sebagai sebahagian daripada usaha memberi impak positif kepada komuniti.
Salonpas & Komitmen Terhadap Gaya Hidup Aktif
Melalui penyertaan dalam International Marathon & Wellness Carnival 2026, Salonpas terus memperkukuhkan komitmennya dalam menyokong individu yang mengamalkan gaya hidup aktif.
Daripada persediaan sebelum larian hinggalah proses recovery selepas aktiviti fizikal, Salonpas Jet Spray dan Salonpas Patch membantu menjadikan recovery sebahagian daripada rutin harian bagi pelari dan penggemar sukan.




0 Comments