FRforRecipe | Resipi Dates Chia Seeds Oatmeal Cookies menggunakan Kurma Medjool

Resipi Dates Chia Seeds Oatmeal Cookies
Menggunakan Kurma Medjool Natural Delights


Salam guys!! 
Bamziaf antara yg suka makan cookies bila time lepak tgk tv kan, jadi jom bamziaf share resipi utk buat Dates Chia Seeds Oatmeal Cookies yang di share oleh Dietitian Georgen Thye 
dengan menggunakan Kurma Medjool Natural Delights! 
Korang juga boleh jamu tetamu sebagai kuih raya juga…


Bahan utama yang diperlukan untuk resipi ini ialah Kurma Medjool Natural Delights ! 
Kurma Medjool tumbuh dalam kondisi di mana panas yang tinggi, kelembapan rendah dan 
air yang banyak serta di bawah cahaya matahari serta dipelihara di Sungai Colorado, Bard Valley 
merupakan rumah kepada Medjool Date kegemaran Amerika.

Cara nak membuat Dates Chia Seeds Oatmeal Cookies sgt mudah tau, 
Jom bamziaf share resipi yang korang boleh follow

Bahan bahan:


10 Natural Delights Medjool Dates
(Asingkan biji & carikkan isi kurma)
1 cawan Oat
1 cawan Tepung Serbaguna
1/2 tsp Baking Soda
1/2 tsp Garam
1/2 tsp Serbuk Kayu Manis
120g Unsalted Butter
1/4 cawan Gula Perang
1 tsp Ekstrak Vanilla
1 Biji Telur
1/8 cawan Chia Seeds

Cara Memasak:


1. Preheat Oven dgn suhu 180 degree celsius & lampirkan Bakin Tray dgn parchment paper

2. Dalam mangkuk kecil, pukul bersama bahan kering 
seperti Oat, Tepung, Baking Soda, Garam & Serbuk Kayu Manis
 

3. Dalam Mangkuk Besar, Pukul Butter & Gula Perang bersama sehingga ringan & fluffy

4. Masukkan Telur & Esktrak Vanilla & pukul sehingga sebati
  


5. Masukkan bahan kering tadi & kacau sehingga sebati

6. Masukkan Natural Delights Medjool dates & Chia Seeds, kacau adunan sehingga sebati
  

7. Bentukkan bahan tadi dalam bentuk bebola kecil & 
susun dalam baking tray & pastikan jarak dalam 2 inci

8. Tekan perlahan dengan Garfu

9. Bakar untuk 15 minit atau sehingga coklat keemasan
10. Keluarkan dari ketuhar & biarkan sejuk seketika untuk 5 minit & simpan dalam bekas

Khasiat & Kelebihan Kurma Medjool Natural Delights

*Nutrien padat dengan 16 vitamin dan mineral penting. 
Menyediakan snek yang mengenyangkan dan memberi tenaga untuk hari-hari sibuk anda
*Kaya dengan rasa manis semulajadi untuk menghancurkan keinginan manis itu 
tanpa menyerah kepada gula yang diproses. 
Ini menjadikannya sesuai untuk kemanisan semula jadi yang anda perlukan 
untuk membuat hidangan yang lazat
* Karbohidrat kompleks yang terdapat dalam Kurma Medjool 
dihadam pada kadar yang lebih perlahan, menjadikannya sumber serat makanan dan 
membebaskan tenaga kepada tubuh dalam jangka masa yang lebih lama.
* Mudah dibawa dan mudah disimpan rapat di dalam laci meja, kereta atau pantri dapur anda 
untuk snek yang menyihatkan jantung yang ideal.
* Serbaguna untuk dinikmati seadanya - snek atau digabungkan ke dalam pelbagai resipi.


Khasiat nutrisi Kurma & Manfaat kesihatan
*Tinggi kalori terutamanya karbohidrat
*Tinggi serat semula jadi
*Kepekatan antioksidan yang kaya
*Kolestrol rendah
*Kaya dengan antioksidan & Ia dapat membantu melindungi sel vour daripada radikal bebas
*Ia mengandungi vitamin penting seperti Choline, Vitamin B, C & D
*Ia kaya dengan kuprum, selenium & magnesium

Jadi korang jgn lupa untuk cuba resipi ini mmg sedap makan santai bersama tersayang tau!
Korang juga boleh follow cara memasak yang di share oleh Dietitian Georgen Thye

Korang boleh dapatkan Kurma Medjool Natural Delights di pasaran berhampiran !


Natural Delights


Korang jika ada sebarang Kolabrasi atau Pertanyaan boleh
EMAIL: ziafmihar88@gmail.com

Post a Comment

0 Comments