FRforSharing | Perkampungan Gingerbread untuk Hari Krismas di Suria KLCC

Perkampungan Gingerbread untuk Hari Krismas di Suria KLCC
Sambutan Magis memeriahkan Suria KLCC berinspirasikan biskut Gingerbread


Salam Guys!

Suria KLCC pastinya antara salah satu mall yang Bamziaf akan check out bila tibanya sesuatu sambutan Perayaan di Malaysia ini, kali ini mereka tidak menghampakan bamziaf!
Dekorasi untuk sambutan Hari Krismas & New Year kali ini berinsprasikan dari biskut Gingerbread..

 
Tema Sambutan kali ini Gingerbread Christmas Village yang memeriahkan Suria KLCC 
dari 24 November hingga 1 Januari 2024 di perkarangan Centre Court mereka...

Bamziaf first datang dah impress dengan adanya Gingerbread Clock Tower yang seolah animasi itu..
Korang tahu yang pelbagai binaan disini selain diinspirasikan dari Gingerbread, ada juga yang 
seperti Icing & gula gula yang berwarna warni

 

Antara tarikan yang ada disini ialah Gingerbread Man , yang akan menari apabila msuk perayaan Krimas dimainkan pada setiap jam di hadapan Gingerbread Clock Tower . Gingerbread Toyshop juga menarik utk korang lihat yang ada pelbagai hadiah menarik utk korang ber-ootd. 

Korang juga boleh abadikan memori disini dengan mengambil gambar bersama Photobooth yang telah disediakan.. Bamziaf suka sebab ia juga akan create GIF utk korang, memang akan comel GIF itu merangkumi semua pose korang. Jangan lupa juga utk visit Gingerbread Bakery & Candy Shop, dimana korang berpeluang utk mendekorasi biskut Krismas & bawa pulang

 
Ini antara paling menarik tau, North Pole Post Office. Korang berpeluang untuk menghantar Poskad yang cantik bersama Setem edisi khas kepada orang tersayang tau hanya dengan membuat pembelian Pin Suria KLCC, hasil pembelian serta sumbangan korang ini akan disalurkan kepada 
Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan Mental.


Untuk sambutan Krismas tahun ini, Suria KLCC telah menderma sebanyak RM3000 kepada 
Yayasan Dignity for Children sebagai salah satu inisiatif murni, tanggungjawab social & korporat

 
Kuiz Gingerbread Man Personality juga ada untuk korang sertai utk melihat apa persona korang & berpeluang untuk dapat Pin Edisi Terhad Gingerbread Man secara percuma. Untuk weekend & Hari Krismas pastinya korang kena nantikan kemunculan Santa Claus & Ms Claus tau..

Bamziaf suka dengan effort team Suria KLCC bila mana setiap perayaan pasti akan ada sesuatu yang mega mereka sediakan, untuk Krimas korang kena check out Pokok Krimas ikonik yang tertinggi di Malaysia bersama hiasan bertemakan Gingerbread tersergam indah di Esplanade KLCC


Untuk korang yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima 
sekeping e-baucer Suria KLCC yang bernilai RM100

“Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli-belah; tetapi ianya adalah
sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat.
Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami 
untuk memupuk keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,” 
ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd


Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya



Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di
Alamanda Putrajaya. Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi
perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024. Tidak kurang
dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti
hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.

Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung
dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas. Persembahan tarian,
persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik
selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. Sesi beramah mesra bersama Santa
Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut. Bagi menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang
untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan
menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’.
Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas
akan menerima baucar bernilai RM80.


Mesra Mall, Terengganu


Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman,
Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh ini, para pembeli yang
berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus ‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.

Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan 
menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk 
sambutan cuti akhir tahun mereka.

Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan
pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. 
Pada Hari Krismas, Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.


Untuk info lanjut, sila layari:
Suria KLCC | WEBSITE | FACEBOOK 
Alamanda Putrajaya | WEBSITE | FACEBOOK
Mesra Mall | WEBSITE | FACEBOOK


Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%).  Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. 
Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur),
Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki
persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan
antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

Post a Comment

0 Comments