FRplaceReview - Hops and Dreams, Kwai Chai Hong

FRplaceReview - Hops and Dreams at Kwai Chai Hong




Hai korang! Abam ziaf nak share dengan korang tentang Kwai Chai Hong.
If korang yang tak pernah pergi lagi tempat ini terletak berhampiran dengan MRT Pasar Seni... 
Dulunya hanya bangunan lama tapi di bangunkan semula sebagai 
salah satu tarikan menarik jika melawat Kuala Lumpur...





Sempena dengan Musim Luruh, Kwai Chai Hong berkolabrasi bersama 8 artis tempatan untuk mempersembahkan Festival Pertengahan Musim Luruh yang bertemakan Hops and Dreams bagi mempamerkan tafsiran mereka mengenai Jade Rabbit




Watak ikonik yang penuh kasih sayang di sebut sebagai The Jade Rabbit 
mempunyai pelbagai versi cerita merupakan ikon yang sesuai untuk tema festival kali ini... 
Ia melambangkan simbol kebenaran, pengorbanan diri, kesetiaan, kepandaian, kesabaran, persahabatan, perpaduan, dan cinta. Ini terbukti dalam semangat bersama sesama rakyat Malaysia 
dari pelbagai lapisan masyarakat




Abam suka konsep tempat ini yang mengembalikan kenangan lama dalam versi moden & 
mampu menghimpunkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum..Korang jangan risau sebab setiap karya yang dipamerkan adalah disertakan dengan QR Code yang mengarahkan penonton ke video artis yang berkongsi cerita dan inspirasi di sebalik ciptaan mereka sendiri.




Korang boleh visit Lapan karya yang dipamerkan di Kwai Chai Hong 
dari 18 September - 4 Oktober 2020, setiap hari dari 9 pagi hingga 12:00 Tengah malam. 
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Facebook atau Instagram Project Kwai Chai Hong 

Post a Comment

0 Comments